in

Ketika Sambutan Hari Jadi Najib Di Parlimen. Berlaku SESUATU Menakutkan Yang Ramai Tak Tahu

Semoga Allah Panjangkan Umur Najib Dan Kak Rosmah. InsyaAllah Amin.

Ketika Sambutan Hari Jadi Najib Di Parlimen. Berlaku SESUATU Menakutkan Yang Ramai Tak Tahu | Di saat keseronokkan Kak Mah sambut hari jadi suami Najib di Parlimen, berlalu satu kejadian menakutkan yang ramai tak tahu. Allahu. Tak sangka.

MUKA NAJIB HAMPIR DISAMBAR API

Muka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak nyaris terkena percikan bunga api ketika kejutan sambutan ulang tahun ke-65 beliau di Bangunan Parlimen, hari ini.

Ketika beliau diminta meniup bunga api di atas kek yang terpapar gambar wajahnya, bunga api yang dinyalakan tiba-tiba terpercik deras dan hampir menyambar mukanya.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pekan itu sempat mengelak daripada terkena percikan api tersebut.

Isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor sempat berpesan kepada tetamu yang menyalakan bunga api itu agar lebih berhati- hati.

“Terbakar juga muka laki (suami) aku,” pesan Rosmah sambil memegang bahu tetamu itu.

Najib tidak panik malah ketawa besar dengan situasi itu.

Pada akhir upacara tersebut, Rosmah tidak melepaskan peluang menyuap sepotong kek kepada suami tercinta.

“Saya ucapkan yang terbaik untuk beliau dan juga untuk keluarga kami.

“Saya mahu anda semua tahu bahawa keluarga sangat menyayangi beliau dan kami percaya beliau di pihak yang benar,” katanya. (Sumber: Sinar Harian)

NAJIB INGAT BELIAU BOLEH PERINTAH MALAYSIA 100 TAHUN LAGI

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sedar dan memandang rendah kuasa rakyat sekali gus menjadi punca BN tumbang pada PRU14 lalu.

najib mahathir

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rakyat sudah muak dengan pemerintahan Najib yang disifatkan sebagai kuku besi dan banyak menyusahkan rakyat.

Menurutnya, penghargaan seharusnya diberikan kepada rakyat yang bangkit menumbangkan BN dan tugas PH sekarang adalah memperbaiki segala kerosakan yang telah dilakukan.

“Mereka (BN) seolah-olah kebal dan tidak mungkin kalah. Mereka juga ingat dapat memerintah lagi 100 tahun.

“Tetapi mereka silap dan tidak ambil kira perasaan rakyat yang tidak suka dengan pemerintahan kuku besi.Sekarang kita berjaya tumbangkan mereka,” katanya dalam ucapan pada majlis makan malam sempena mengumpul dana untuk Tabung Harapan Malaysia di Ideal Convention Center (IDCC), sebentar tadi.

Jelasnya lagi, apabila PH mengambil alih kerajaan, banyak kerosakan besar berjaya dikesan dilakukan kerajaan ketika pemerintahan Najib.

“Bukan sahaja wang hilang, berbilion ringgit hilang tapi jentera kerajaan telah disabotaj supaya tidak berjalan lebih baik dan terpaksa kita ambil tindakan untuk memecat sesetengah pegawai daripada pentadbiran terdahulu,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan yakin mampu mengatasi masalah yang ditimbulkan oleh kerajaan terdahulu dengan adanya sokongan dari rakyat.

“Malam ini jelas yang hadir untuk derma kepada Tabung Harapan. Walaupun kita dapat hanya beberapa juta, tetapi yang penting kesanggupan rakyat demi negara,” katanya

Dalam majlis itu, sebanyak RM3.4 juta berjaya dikumpulkan untuk Tabung Harapan Malaysia melalui gabungan 18 Persatuan Cina Klang. (Sumber: Sinar Harian)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Budak Ni Nak Buat Keke Challenge Tapi Mak Tak Bagi. Tapi Last2, Mak Dia Yang Lebey.

Ramai Menitis Air Mata Melihat Video Anak Lembu Ini. SUBHANALLAH.