in

Debat Zakir Dan Ramasamy. Ini Tindakan TEGAS Menteri Agama Buat Ramai Terkedu

Alhamdulillah Semoga Debat Zakir-Ramasamy Akan Jadi Majlis Ilmu Yang Bermanfaat Kepada Semua. Amin.

Debat Zakir Dan Ramasamy. Ini Tindakan TEGAS Menteri Agama Buat Ramai Terkedu | Umum mengetahui perbalahan antara Dr Zakir Naik dan Ramasamy dan terakhir mereka berdua berpakat mahu berdebat. Ekoran itu, ini tindakan tegas yang mengejutkan oleh Menteri Agama, Dr Mujahid buat ramai terkedu. Tak sangka.

TAWAR DIRI JADI ORANG TENGAH

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa sedia menawarkan diri menjadi ‘orang tengah’ dalam menyelesaikan konflik pertikaian antara penceramah agama terkemuka Dr Zakir Naik dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy.

Beliau berkata cadangan itu dikemukakan setelah pihaknya menganggap penganjuran debat melibatkan dua tokoh itu secara terbuka tidak bersesuaian dengan budaya masyarakat negara ini yang berbilang agama dan kaum.

Beliau berpendapat penganjuran pertemuan antara Zakir dan Ramasamy sebaiknya diadakan secara tertutup dengan beliau sendiri bersedia menjadi orang tengah bagi menjernihkan isu itu.

“Dalam suasana masyarakat negara ini yang berbilang bangsa dan agama, perdebatan secara terbuka antara dua tokoh itu bagi menentukan siapa lebih ekstremis dibimbangi akan mencetuskan ketegangan agama dan kaum.

“Ini kerana segala pertuduhan dikemukakan terhadap Zakir masih belum disahkan di negara beliau sendiri iaitu India. Jadi, saya fikir Zakir mempunyai hak untuk tinggal di negara ini selagi mana beliau mematuhi undang-undang negara,” katanya pada sidang media di Parit Buntar hari ini.

Mujahid berkata demikian ketika diminta mengulas isu cadangan penganjuran perdebatan secara terbuka antara Zakir dan Ramasamy oleh Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bagi menentukan siapa pengganas yang sebenar.

Ini susulan cadangan Ramasamy yang juga Anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, supaya Zakir dihantar pulang ke India supaya hubungan Malaysia dan negara itu tidak terjejas.

Sebelum ini, Zakir difahamkan bersetuju berdebat secara terbuka dengan Ramasamy dengan bersyarat.

Ramasamy juga dilaporkan meletakkan syarat untuknya berdebat dengan Zakir seperti dicadangkan, namun pendakwah itu diminta pulang ke negaranya terlebih dahulu bagi menghadapi dakwaan dan membersihkan namanya.

Sebelum ini beberapa portal berita melaporkan Zakir, yang akan dihantar pulang ke India kerana didakwa terbabit dengan serangan pengganas di Dhaka serta pengubahan wang haram, meninggalkan India pada 2016.

Kerajaan India telah membatalkan pasport Zakir setelah beliau banyak kali mengabaikan permintaan agar hadir di Badan Penyiasat Kebangsaan India bagi membantu siasatan. (Sumber: Malaysiakini)

MOHD AMAR DARI PAS “HAMPA” ISU KASUT YANG VIRAL

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berpendapat, terdapat banyak isu lebih besar yang sepatutnya diberi perhatian oleh menteri pendidikan berbanding isu warna kasut sekolah.

Mohd Amar berkata, Dr Mazslee Malik diberi pengharapan yang tinggi oleh rakyat memandangkan Menteri Pendidikan itu seorang muda yang terkenal mempunyai ijazah doktor falsafah (PhD) dan bekas pensyarah.

“Tetapi, sayangnya menteri kita hanya melihat warna kasut sahaja. Itu bagi saya satu kejutan, sebab ada isu yang lebih besar.

“Saya mengharapkan perubahan yang besar terhadap dasar dan sistem pendidikan negara bukan setakat tukar warna kasut sekolah.

“Sebab rakyat juga mengharapkan perubahan yang besar daripada kerajaan baru. Tiba-tiba warna kasut saja yang ditukar,” katanya kepada media ketika ditemui di Kota Bharu, hari ini.

Sekarang Hanya Tekan Aspek Peperiksaan

Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan menteri pendidikan sebelum ini yang mensyaratkan penggunaan kasut hitam di kalangan pelajar sekolah seluruh negara mulai tahun depan.

Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata, banyak lagi isu-isu lebih besar dalam pendidikan negara dan menteri sepatutnya fikirkan pendekatan dan pemerhatian menyeluruh dengan menangani isu yang lebih besar.

Malah jelas beliau, isu warna kasut tidak sepatutnya menteri yang isytihar.

“Antara isu (besar) lain ialah dasar pendidikan negara, apakah dasar kita selari dengan sistem persekolahan. Adakah kurikulum sekolah yang ada menuju ke arah falsafah pendidikan negara?

“Satu lagi beban kerja guru-guru si sekolah yang terlalu banyak, cikgu dah jadi macam kerani. Kerja asas mengajar tiba-tiba banyak buat kerja kerani, kena isi borang itu, borang ini. Ini patutnya ditekankan oleh menteri,” ujarnya.

Selain itu tambah anggota dewan undangan negeri (DUN) Panchor itu, menteri juga perlu melihat sama ada pendekatan pendidikan kini boleh membentuk peribadi pelajar untuk menjadi warganegara yang baik atau sebaliknya.

“Kalau orang Islam sebagai seorang Islam yang bagus. Ini kena tekankan.

“Sekarang ini kita terlalu beri penekanan kepada aspek peperiksaan, sehingga kita lupa untuk membentuk sahsiah pelajar,” jelas Mohd Amar. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Lokman Adam PAS

PRK Sg Kandis. Tindakan Berani Calon Lokman Adam Buat Ramai Penyokong PAS Resah.

Isu Keganasan. Komen Terkini Dr Maza Ni Buat Semua Penyokong PAS Gembira