in

Ahmad Maslan Bikin Parlimen RIUH. Puncanya Buat Ramai Tersenyum

Sidang Parlimen Penggal PRU14 Ni Merupakan Paling BEST Berbanding Masa Lalu. Setuju ?

Ahmad Maslan Bikin Parlimen RIUH. Puncanya Buat Ramai Tersenyum | Ahmad Maslan dilihat tidak mahu ketinggalan untuk mendapat “spotlight” dalam aksi menarik MP rakyat di parlimen. Terkini tindakan beliau buat parlimen terus riuh. Ramai tersenyum bila tau puncanya. Tak sangka.

AHMAD MASLAN – MANA PERGI SEMUA MENTERI?

Barisan kerusi kosong di sebelah kerajaan di Dewan Rakyat petang ini mengundang satu soalan daripada anggota parlimen BN: Mana pergi semua menteri?

Datuk Ahmad Maslan (BN-Pontian) berkata menteri dan timbalan menteri sudah beredar daripada Dewan Rakyat pada pukul empat petang, satu jam setengah lebih awal daripada waktu selesai sidang.

“Dulu mereka tanya mengapa kami selalu tak penuhi masa di Dewan Rakyat? Nampaknya mereka tak sehebat mana. Semoga ada perubahan selepas ini,” katanya di Twitter.

Difahamkan kabinet mengadakan mesyuarat pada hari ini. Namun timbalan menteri tidak menyertai mesyuarat itu.

Bagaimanapun Malaysiakini difahamkan sekurang-kurangnya seorang timbalan menteri, Hanipa Maidin (AMANAH-Sepang) berada di dalam dewan kira-kira pada pukul 4.30 petang.

Bekas menteri belia dan sukan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) pula berkata tiada seorang pun menteri dalam berada dalam dewan ketika ketua pembangkang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membahaskan usul titah Yang di-Pertuan Agong.

Justeru beliau mencadangkan agar mesyuarat kabinet diadakan pada hari Jumaat ketika sesi sidang dewan rakyat memandangkan tiada persidangan pada hari itu.

“Ini untuk menghormati urusan parlimen. Ia juga amalan kerajaan terdahulu, apabila parlimen bersidang, mesyuarat jemaah menteri dibuat pada hari Jumaat.

“Apabila parlimen tidak bersidang, kabinet boleh kembali bermesyuarat pada hari Rabu seperti biasa,” katanya lagi.

Ketiadaan wakil kerajaan juga dijadikan senjata oleh beberapa anggota parlimen BN yang mengganggu ucapan Hasan Bahrom (Amanah-Tampin) berhubung pelantikan wanita dalam jemaah menteri seperti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Yeo Bee Yin dan Rina Harun.

“Mereka sudah lari dan tinggalkan dewan…Tiada seorang pun di sini!” laung beberapa anggota parlimen BN.

Semalam, anggota parlimen pembangkang dijadikan bahan jenaka oleh Yang di-Pertuan Agong yang mengingatkan mereka agar “tidak lari” ketika memulakan ucapannya.

Ia merujuk tindakan mereka keluar dewan ketika speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yunos mengangkat sumpah. (Sumber: Malaysiakini)

LIM KIT SIANG – PULANGKAN SEMUA DUIT DAPAT DARI AKAUN NAJIB

Parti-parti politik yang menerima dana berjumlah RM470 juta daripada akaun bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pada pilihan raya umum ke-13, harus mengembalikannya kepada tabung awam, kata Lim Kit Siang hari ini.

Pemimpin Veteran DAP itu dalam satu kenyataan juga menggesa anggota parlimen dari parti-parti tersebut supaya bercakap mengenai perkara itu semasa persidangan Dewan Rakyat.

Anggota Parlimen Iskandar Puteri itu mengulas laporan Malaysiakini di laman mikro miliknya pagi ini yang mendedahkan bahawa parti-parti BN, termasuk bekas parti komponen, menerima sejumlah RM470 juta dari akaun Najib melalui 102 transaksi, antara April 2012 dan Ogos 2013 yang didakwa diseleweng dari dana 1MDB.

Wang songlap dari 1MDB atau derma? Ini watak-watak yang terdedah

Parti yang terlibat adalah Umno, MCA, MIC, Gerakan dan SUPP.

Gerakan dan SUPP meninggalkan BN susulan kekalahan gabungan itu dalam PRU14 pada 9 Mei.

Menurut pendedahan itu, Umno menerima bahagian paling besar sebanyak RM417.4 juta atau 88.8 peratus daripada dana itu.

Penerima kedua terbesar adalah MIC berjumlah RM20.55 juta dan MCA menerima sebanyak RM16.5 juta.

Wang tersebut diagihkan kepada bahagian, sayap dan bahkan sebuah perpustakaan parti.

“Parti-parti itu harus memulangkan RM470 juta yang mereka terima dari 1MDB kepada tabung awam sekiranya pendedahan itu benar.

“Umno, MCA, MIC dan SUPP memiliki anggota Parlimen dan mereka harus bercakap mengenai pendedahan Malaysiakini dalam perbahasan di Parlimen atas usul terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong,” kata Lim. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Azmin Kata Najib Lebih Baik Jadi Ketua Pembangkang. Ini Jawapan Balas Bekas PM Buat Ramai GELAK

Ini Kenyataan Berani Zahid Terhadap Tun Mahathir Dalam Sidang Parlimen Tadi