in

Tak Boikot Parlimen. Ini Tindakan Umno Terhadap KJ Buat Ramai Terkedu

Alhamdulillah. Politik Matang Akhirnya Meraikan Perbezaan Pendapat. Allahu.

Tak Boikot Parlimen. Ini Tindakan Umno Terhadap KJ Buat Ramai Terkedu | Semalam KJ antara MP Umno yang tak keluar boikot sidang parlimen. Selepas bermesyuarat, SU Umno Anuar Musa berkata ini tindakan mengejutkan pimpinan Umno terhadap KJ buat ramai terkedu. Tak sangka.

TIADA TINDAKAN TERHADAP KJ, ANIFAH DAN MAS

Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa berkata tiada tindakan akan dikenakan ke atas bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang tidak menyertai anggota parlimen BN dan PAS keluar dari Dewan Rakyat.

Ini kerana, kata Annuar yang dipetik portal Umno Online, parti itu mengamalkan “dasar terbuka”.

Anggota parlimen Ketereh itu menambah, Khairy tidak keluar dewan kerana tidak menghadiri mesyuarat parti itu 15 Julai lalu yang memutuskan reaksi tertentu berhubung isu speaker Dewan Rakyat.

“Kami hormat pandangannya yang merupakan pandangan peribadinya. Pandangan kami berdasarkan konsensus dan membabitkan semua parti komponen (BN),” katanya dipetik sebagai berkata.

Semalam, kekecohan berlaku tidak lama selepas anggota parlimen mengambil tempat duduk masing-masing untuk memulakan prosiding parlimen penggal ke-14.

Kekecohan itu terjadi ketika Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pelantikan Datuk Mohamad Ariff Yusof sebagai speaker.

Anggota parlimen pembangkang mempertikaikan pelantikan itu sebagai tidak mengikut peraturan Dewan Rakyat yang menetapkan agar nama Mohamad Ariff diserahkan 14 hari sebelum parlimen bersidang, iaitu sekurang-kurangnya pada 2 Julai.

Bagaimanapun, terdapat percanggahan kenyataan di kalangan pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) berhubung tarikh penyerahan nama bekas ketua hakim Mahkamah Rayuan itu.

Anggota parlimen BN dan PAS kemudian melangkah keluar dewan sebagai bantahan. Hanya Khairy dan Anggota Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman yang kekal di kerusi.

Ketika bercakap kepada pemberita berhubung pertikaian tarikh penyerahan nama calon speaker, Dr Mahathir menegaskan pihaknya menghantar nama Mohamad Ariff pada 2 Julai.

Sementara itu, mengulas tindakan keluar dewan, Annuar menafikan ia sebagai memboikot prosiding parlimen.

Sebaliknya, kata Annuar, mereka sekadar keluar dari Dewan Rakyat untuk bercakap kepada media berhubung pelantikan Mohamad Ariff.

“Kami hanya keluar untuk bercakap kepada media,” katanya dipetik sebagai berkata. (Sumber: Malaysiakini)

KAPAL JHO LOW DISITA SEKALI LAGI

Pihak berkuasa Indonesia sekali lagi memasuki dan menyita kapal persiaran mewah Equanimity hampir dua bulan selepas sitaan kali pertama disahkan terbatal atas faktor teknikal.

Langkah itu didedahkan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat dalam dokumen yang difailkan ke mahkamah semalam dan dilihat Malaysiakini.

Menurut dokumen itu Pejabat Hal Ehwal Luar DOJ mengemukakan permohonan untuk bantuan perundangan bersama (MLA) kepada Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia pada 19 April.

Ekoran permohonan berkenaan pihak berkuasa Indonesia kembali menaiki Equanimity dan menyita kapal persiaran berkenaan pada 9 Julai lalu.

“Pada 9 Jul 2018 pihak berkuasa Indonesia melaksanakan proses itu dengan menaiki Equanimity bersama satu salinan waran tangkap.

“Semasa di dalam kapal pihak berkuasa menyerahkan satu salinan waran tangkap ke atas kapal layar, serta satu lagi salinan waran tangkap untuk kapten Equanimity,” kata dokumen DOJ itu kepada Mahkamah Daerah California.

Langkah tersebut dibuat sebagai makluman kepada mahkamah bahawa waran tangkap yang mereka keluarkan pada 16 Jun tahun lalu sudah dilaksanakan.

Kes Masih Di Mahkamah

Pada dokumen tersebut turut disertakan gambar waran berkenaan diserahkan oleh polis Indonesia di atas kapal Equanimity.

Berdasarkan laporan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang turut dikemukakan kepada mahkamah, mereka dimaklumkan oleh polis Indonesia bahawa ketika waran itu diserah seorang peguam ada bersama kapten kapal tersebut.

“Polis Indonesia percaya bahawa peguam itu mewakili pemilik kapal persiaran berkenaan,” kata laporan itu.

Asalnya DOJ mengemukakan saman pelucutan hak secara sivil ke atas kapal bernilai AS$250 juta itu pada 15 Jun tahun lalu.

Ia adalah antara 30 saman seumpamanya yang dilakukan pihak terbabit untuk merampas pelbagai aset yang didakwa AS diperoleh melalui penyelewengan dana 1MDB.

Equanimity didakwa dimiliki Jho Low. Ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang itu sebelum ini mendakwa tuduhan yang dikaitkan kepadanya bermotifkan politik.

Pihak berkuasa Indonesia sebelum ini merampas Equanimity atas permintaan DOJ pada 28 Feb lalu.

Bagaimanapun Mahkamah Daerah Jakarta memutuskan rampasan itu tidak sah kerana MLA dikemukakan DOJ diserahkan terus kepada polis, sedangkan ia sepatutnya melalui Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia.

Setakat ini tidak dapat dipastikan bagaimana rampasan terbaru itu akan memberi kesan kepada Equanimity, krunya serta pertikaian mengenai hak penjagaan kapal layar tersebut.

Pada 15 Mei lalu Mahkamah Daerah California sudah menyerahkan hak penjagaan Equanimity kepada DOJ kerana berpendapat kru semasa kapal itu tidak boleh dipercayai untuk membawanya kembali ke AS.

Peguam mewakili pemilik berdaftar Equanimity, Equanimity (Cayman) Ltd, sudah mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut dan kesnya belum diputuskan di AS.

Pada 14 Jun lalu Mahkamah Rayuan menolak usul Equanimity Ltd untuk kekal sebagai penjaga kapal tersebut. Itu bermakna pada ketika berkenaan DOJ masih diberikan hak untuk mengelola Equanimity. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Hadir Sidang Parlimen. Ini Komen Berani Anak Najib Terhadap Ayahnya Buat Ramai Sebak

Aksi Heboh Di Parlimen. Ini Komen Berani Penyanyi Amy Search Buat Ramai Setuju