in

Aksi Heboh Di Parlimen. Ini Komen Berani Penyanyi Amy Search Buat Ramai Setuju

Semoga Pembangkang Sekarang Mencontohi Pembangkang Yang Lalu. Eh.

Aksi Heboh Di Parlimen. Ini Komen Berani Penyanyi Amy Search Buat Ramai Setuju | Aksi kecoh yang ditunjukkan pembangkang semalam telah menarik minat Amy Search untuk memberi komen berani mengejutkan yang buat ramai setuju. Tak sangka.

AMY SEARCH – MACAM HOSPITAL MENTAL

Sidang baru Dewan Rakyat yang bermula semalam dilihat tidak berapa menangkap hati sesetengah orang.

Malah apa yang berlaku pada sesi itu dilihat penyanyi Yasin Sulaiman sebagai tidak berubah berbanding suasana semasa Malaysia ditadbir oleh BN sebelum ini.

Malah rakannya yang turut terkenal dalam dunia seni suara mempunyai pandangan lebih radikal.

Di mata vokalis kumpulan Search, Amy, suasana yang berlalu semalam dianggap laksana keadaan di pusat pemulihan pesakit mental.

“Parlimen in session (sedang bersidang), tak banyak perubahan,” kata Yasin sambil mengiringi kenyataan itu bersama satu klip video menunjukkan kekecohan di Dewan Rakyat.

Dan Amy pula memberi respon di ruang komen: “Mental hospital.”

Sidang Dewan Rakyat yang dianggap era baru kepada politik negara kerana pertukaran kerajaan, bertukar kecoh selepas 10 minit bermula semalam.

Kejadian itu berlaku ketika proses pelantikan yang dipertua Dewan Rakyat.

Beberapa anggota pembangkang dari PAS dan BN membantah kerana mendakwa pelantikan tersebut dibuat tidak mengikut peraturan. Mereka – kecuali Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Seri Anifah Aman – kemudian keluar beramai-ramai.

Mereka juga kemudian masuk semula ke dewan untuk upacara mengangkat sumpat di depan speaker tersebut, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Mengikut peraturan nama calon terbabit perlu dikemukakan kepada setiausaha dewan dalam tempoh 14 hari sebelum sidang bermula.

Sementara itu pada gambar lain Yasin memberikan kata-kata sokongan terhadap Khairy Jamaluddin, iaitu seorang daripada dua anggota parlimen BN yang enggan keluar meninggalkan dewan.

“Tempat pembangkang sememangnya tempat yang sunyi. Mari meriahkan. Tabahkan hatimu @khairykj,” katanya.

Fauziah Ahmad Daud pula mencatat tindakan bekas menteri belia dan sukan itu berjaya “memenangi hatinya”.

“Anda mendapat hormat daripada saya YB @khairykj. Amat beradab. Saya setuju dengan apa YB katakan – ini bukan cara kita membantah.

“Cara YB amat matang dengan menghormati majlis… alhamdulillah. Semoga Allah merahmati anda selalu YB @khairykj,” katanya yang lebih dikenali sebagai Ogy. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Tak Boikot Parlimen. Ini Tindakan Umno Terhadap KJ Buat Ramai Terkedu

GEMPAR. Khairy Jamaluddin Tiba-Tiba Minta Maaf Di Parlimen. Puncanya Buat Ramai Terkedu.