in

Masih Ingat Prof Yang Pernah Kutuk Tun Mahathir Ni . Kenyataan Terkini Dia Buat Ramai Terkedu

Apa-Apa Pun Semoga Yang Terbaik Memenangi Kerusi Dun Sungai Kandis Yang Kosong.

Masih Ingat Prof Yang Pernah Kutuk Tun Mahathir Ni . Kenyataan Terkini Dia Buat Ramai Terkedu | Dulu dia pernah viral kerana lantang mengutuk Tun Mahathir. Lama berdiam diri, akhirnya dia muncul kembali dengan kenyataan yang buat ramai terkedu. Mengejutkan.

PROF HARAP HARAPAN MENANG PERCUMA DI SUNGAI KANDIS

Meskipun sebelum ini dikecam kerana mempertikaikan umur pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) yang menurutnya tidak sesuai menjadi perdana menteri, penganalisis politik Kamarul Zaman Yusoff kini dilihat mengakui kekuatan parti gabungan yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Setidaknya, Kamarul mengakui hal itu benar di kerusi dewan undangan negeri Sungai Kandis yang kini kosong susulan penyandangnya meninggal dunia.

Justeru, bekas pengarah Institut Kajian Politik Malaysia itu mencadangkan agar pembangkang khususnya BN dan PAS memberi kemenangan percuma kepada HARAPAN dalam PRK Sungai Kandis yang bakal diadakan.

Menjelaskan cadangannya itu kepada FMT, Kamarul berkata, ia adalah kerana keputusan sebelum ini sudah cukup untuk menggambarkan bahawa BN atau PAS tidak mempunyai sebarang peluang untuk menang di kerusi itu.

Selain itu, tambah Kamarul, dengan memberikan kemenangan percuma kepada HARAPAN, ia dapat mengurangkan pembaziran wang bagi mengadakan PRK dan usaha dapat ditumpukan dalam memulihkan negara.

“Sekarang adalah masanya untuk kita menumpukan usaha untuk memulih dan membangunkan negara. Berpolitik ini ada masa dan ketikanya, berpolitik sepanjang masa tidak elok.

“Memberikan kemenangan percuma kepada HARAPAN akan mengurangkan pembaziran wang negara,” katanya dipetik sebagai berkata.

Faktor ke-3, jelas Kamarul, kalaupun pembangkang mampu melakukan keajaiban dengan menang mengejut, keputusan itu tetap tidak akan mampu mengubah apa-apa memandangkan HARAPAN menguasai 50 daripada 56 kerusi DUN di Selangor.

Sementara faktor ke-4, tambahnya, BN dan PAS pernah tidak menyertai PRK DUN seumpamanya.

“BN tidak terlibat PRK Penanti pada 31 Mei 2009 dan PRK Chempaka pada 22 Mac 2015. Manakala PAS tidak terlibat PRK Batu Talam pada 28 Januari 2007 dan PRK Tanjung Datu pada 18 Februari 2017,” katanya dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, PAS dilihat lebih bersemangat berbanding BN untuk merebut kerusi itu.

Melalui kenyataan timbalan presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, PAS berkata mereka tidak akan memberi kemenangan mudah kepada mana-mana parti yang akan bertanding PRK itu.

Setiausaha agungnya pula, Datuk Takiyuddin Hassan memberikan gambaran untuk BN tidak bertanding agar calon PAS dapat menentang calon HARAPAN dalam pertandingan satu lawan satu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan pilihan raya kecil untuk kawasan DUN Sungai Kandis pada Sabtu, 4 Ogos ini, manakala penamaan calon pada 21 Julai.

Menurut SPR, PRK itu dianggarkan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.4 juta.

Kerusi DUN Sungai Kandis kosong berikutan penyandangnya dari PKR, Mat Shuhaimi Shafiei meninggal dunia pada 2 Julai lalu. (Sumber: Malaysiakini)

USTAZ KAZIM TERPAKSA JUAL TAHFIZ

Desas-desus hantaran Facebook Datuk Mohd Kazim Elias, penceramah yang dikenali sebagai Ustaz Kazim mengenai penjualan Unit Tahfiz Darul Barakah di Pusat Pendidikan Al Barakah miliknya terjawab apabila beliau mengesahkan hal tersebut, lapor media tempatan.

“Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim mengesahkan akan menjual Unit Tahfiz Darul Barakah di Pusat Pendidikan Al Barakah miliknya di Manjoi kerana tidak mampu menampung kos pentadbiran pusat berkenaan.

“Pengesahan itu sekali gus merungkai persoalan statusnya di Facebook dan di laman mudah.my mengenai penjualan pusat berkenaan,” kata laporan BH Online.

Laman jual beli dalam talian, mudah.my memuatkan iklan jualan pusat itu dengan harga RM 5 juta.

Ustaz Kazim dipetik BH Online berkata beliau sedih dengan keputusan yang terpaksa diambilnya tetapi tidak mampu menanggung kos pentadbiran keseluruhan pusat berkenaan yang kini mencecah RM150,000 sebulan.

“Keputusan ini memang amat sedih tetapi terpaksa diambil kerana saya memikirkan nasib guru serta pelajar dan penjualan ini dapat menampung kos pentadbiran dua lagi unit di pusat ini,” kata beliau yang juga pengasas dan pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah di Ipoh, Perak yang ditubuhkannya kira-kira 12 tahun lalu.

Namun, beliau hanya akan menjual sebahagian pusat itu membabitkan unit tahfiz di pusat berkenaan yang menempatkan 100 pelajar.

Ustaz Kazim berkata antara puncanya beliau mendakwa ada usaha menyekatnya kerana tidak lagi mendapat panggilan memberikan kuliah atau ceramah.

“Tetapi sejak dua tiga bulan ini saya rasa macam ada satu usaha menyekat ceramah saya, dibatalkan dan dihalang, saya rasa kalau keadaan ini berterusan, saya tidak mampu menampung Al Barakah,” katanya.

Menurut Ustaz Kazim lagi walaupun terpaksa menjual unit tahfiz berkenaan, usahanya dalam pendidikan tahfiz di negara ini akan diteruskan beliau dengan penubuhan satu pusat tahfiz dalam skala kecil selepas ini.

“Sebenarnya, kita sudah ada tiga lot tanah di Jalan Juara, Manjoi untuk pembinaan dan wang hasil penjualan unit tahfiz berkenaan akan digunakan untuk membuka pusat tahfiz dalam skala kecil itu iaitu dalam 20 pelajar.

“Saya akan mengecilkan skala bagi menjimatkan kos dan keputusan ini diambil untuk kepentingan bersama,” katanya, petik BH Online.

Awal hari ini, Ustaz Kazim dalam satu hantaran di Facebook berkata beliau meminta maaf jikatidak mampu lagi (menampung) Pusat Pendidikan Al Barakah.

“Pembiayaan sekolah ini adalah dari hasil kuliah dan ceramah saya setiap hari. Kalau ada usaha menyekat ceramah bagaimana saya ingin meneruskan sekolah yang memerlukan dana yang besar.

“Kalau saya tak mampu lagi saya minta maaf banyak-banyak,” katanya.

HARAPAN Perak Tiada Sekatan

Manakala itu Exco Agama Perak, Asmuni Awi dalam hantarannya di Facebook menegaskan tiada sebarang sekatan terhadap mana-mana penceramah agama dan dakwaan senarai hitam kerajaan Pakatan Harapan sebagai berniat jahat.

“Saya tegaskan, tidak ada sebarang sekatan terhadap mana-mana penceramah agama dibuat oleh pihak Kerajaan Negeri Perak.

“Dakwaan kononnya kerajaan Pakatan Harapan ‘blacklist’ penceramah tertentu adalah satu dakwaan yang berunsur fitnah berniat jahat,” katanya.

Penceramah bebas Wan Ji Wan Husin pula menulis di media sosial mengulas isu ini berkata Ustaz Kazim tidak boleh menyalahkan kerajaan HARAPAN dalam hal tidak mendapat undangan ceramah.

“Dalam kes Ustaz Kazim, beliau tidak boleh salahkan kerajaan Pakatan Harapan.

“Sebab, kerajaan Pakatan Harapan di Malaysia baru beberapa bulan je pun,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Bagaimanapun, Ustaz Kazim tidak menamakan pihak yang menyekat kegiatan ceramah dan kuliahnya. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Saman Amar Singh. Ini Jawapan Balas Ketua Polis Terhadap Najib Yang Ramai Tak Tahu

YA ALLAH. Murid 10 Tahun Maut Didera. Doktor Dedah Punca Kematian Buat Ramai BERANG