Disorok Dalam Peti Ais. Ini Sajak Tulisan Taufiq Razif Buat Ramai SAYU. | Viral mayat bayi disorok dalam peti ais telah menyentuh hati Dr Taufiq Razif dan lantas menulis sajak buat arwah adik Adam. Allahu sedih baca. Kredit FB Dr Taufiq Razif
SEJUK DI DUNIA, SYURGA DI SANA
Hilang sudah kemanusiaan
Bila diri hilang pertimbangan
Bila emosi di luar kawalan
Bila hati dikuasai syaitan
Hilang sudah kemanusian
Bila kejahatan disembunyikan
Anak yang suci kau jadikan mainan
Lalu kau sembunyi dan kau simpan
Hilang sudah rasa cinta
Bila anak tak berdosa menjadi mangsa
Bila anak tak berdosa menanggung derita
Bila anak tak berdosa menanggung akibatnya
Bermain lah kau di syurga sana
Bermain lah buih bersama pelayan syurga
Biar ketiadaanmu menjadi pedoman kami semua
agar berhati hati dengan syaitan bertopeng manusia
agar berhati hati menitipkan buah hati tercinta
Dan mensyukuri nikmat pemberianNya
Tribute to Adam Rayqal
Sumber: FB Dr Taufiq Razif Dan (Jom follow Telegram >> t.me/NotaTaufiqRazif)
BERITA MAYAT BAYI DALAM PETI AIS PENGASUH
Bayi lelaki berusia lima bulan yang sebelum ini dilapor hilang selepas didakwa diambil seorang lelaki menyamar sebagai bapanya, ditemui mati di rumah pengasuhnya di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves, di sini.
Mayat mangsa, Adam Rayqal Mohd Sufi ditemui dalam bahagian atas peti ais dua pintu di rumah pengasuh tersebut kira-kira jam 11 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mayat ditemui disorokkan dalam bahagian sejuk beku.
Memetik kenyataannya dalam laman portal berita, mayat bayi berkenaan lengkap dengan pakaian dibalut dengan kain lampin serta disumbat dalam beg berwarna hijau.
Mangsa ditemui anggota polis yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.
“Mayat bayi ditemui selepas siasatan polis mendapati keterangan pengasuh terbabit meragukan.
“Polis kemudian membawa pengasuh berkenaan ke rumahnya sebelum ditunjukkan lokasi mayat bayi itu disimpan,” katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata, pihaknya sudah menahan pengasuh berusia 33 tahun itu bersama rakan serumahnya yang berusia 36 tahun.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Terdahulu, orang ramai dikejutkan dengan penularan berita kehilangan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan dipercayai dilarikan individu tidak dikenali dari rumah pengasuhnya di Taman Nakhoda, Batu Caves dekat sini, petang semalam.
Kehilangan bayi bernama Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif itu disedari ibunya, Farrah Madihah Othman, 28, selepas dihubungi pengasuh memaklumkan anaknya sudah diambil suaminya, Mohd Sufi Naeif Mohd Pauzi, 28. (Sumber: Sinar Harian)
Comments