in

Menang Presiden UMNO. Ini Ucapan Pertama Zahid Buat KJ Dan Ku Li TERHARU

Tahniah Untuk Yang Menang. Yang Kalah Jangan Buat Parti Baru Ye.

Menang Presiden UMNO. Ini Ucapan Pertama Zahid Buat KJ Dan Ku Li TERHARU | Pertandingan sengit jawatan Presiden UMNO menjadi perhatian ramai yang menyaksikan Zahid akhirnya berjaya menang. Yang lebih buat ramai terkesima adalah ucapan pertama Zahid yang buat KJ dan Ku Li terus terharu.

TIADA YANG KALAH DALAM PROSES NI

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua perwakilan Umno kerana telah menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan tertib dalam pemilihan parti di seluruh negara pada hari ini.

Tidak ada yang kalah dalam proses ini. Tengku Razaleigh Hamzah dan Khairy Jamaluddin adalah pemimpin yang diiktiraf sumbangan mereka, dan tetap diperlukan dalam meniupkan semula roh baru Umno.

Pelawaan saya terus terbuka untuk mereka bersama-sama kepimpinan baharu bagi menterjemahkan pembaharuan Umno.

Sesungguhnya pemilihan yang lancar ini adalah manifestasi ahli Umno yang kasihkan parti serta mahu ia terus bangkit untuk relevan dalam pentas politik tanah air.

Kita sudah bergerak merakyatkan Umno.

Bagi yang menyokong saya, jutaan terima kasih diucapkan dan tahniah juga kepada semua calon yang mengambil bahagian dalam pemilihan ini. Inilah kebebasan yang kita akan julang selama-lamanya.

Inilah proses demokrasi yang dituntut oleh semua ahli, dan kita berjaya mengharunginya.

Ini bukan kemenangan individu tetapi kemenangan kita semua, kemenangan Umno dan ahli parti.

Pemilihan terbuka ini memaparkan Umno sudah melalui satu proses bersejarah untuk memilih semua jawatan di pelbagai peringkat termasuk di cawangan dan bahagian.

Marilah kita merapatkan barisan dan bersama-sama berusaha menjadikan Umno sebuah parti yang membela kepentingan rakyat.

Rakyat amat mengharapkan Umno terus memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan tanah air.

Percayalah, ini simbol penyatuan kita dan ahli yang ada sekarang ialah orang Umno. Kita akan terus bergerak seiring dan sejalan.

Saya akan mengadakan mesyuarat majlis tertinggi secepat mungkin untuk membincangkan pendekatan yang diambil dalam manifesto semua calon presiden. (Sumber: Malaysiakini)

JAWATAN NAIB PRESIDEN UMNO

Bekas menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara rasmi diangkat menjadi naib presiden Umno bagi penggal 2018-2021 dalam sesi pemilihan malam tadi.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan anggota Parlimen Bera itu mendapat undi tertinggi dari kesemua bahagian di seluruh negara yang layak mengundi.

Setakat 1.15 pagi Ahad, Ismail mendapat 146 undi dan diikuti oleh anggota Parlimen Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid dengan 99 undi.

Sementara itu, naib presiden ketiga tidak dapat diketahui setakat ini memandangkan masih ada 34 bahagian yang belum menghantar keputusan kepada Ibu Pejabat Umno.

Menurut Tengku Adnan, keputusan penuh bagi pemilihan Umno 2018 akan diumumkan siang nanti melalui kenyataan media.

Apabila ditanya calon yang masih dalam saingan untuk naib presiden, Tengku Adnan menjawab ia adalah di antara bekas menteri besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin dan Anggota Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Terkini Isu Nikah Budak 11 Tahun. Ini Komen Balas Majis Agama Islam Narathiwat

KJ Kalah Presiden UMNO. Tapi Bila Ditanya Wartawan, Reaksinya Buat Ramai SUSPEN