Lantang Kritik. Ini Tawaran TAK SANGKA Zahid Kepada KJ Tapi… | Lantang kritik tentang sistem warlords UMNO, akhirnya Presiden UMNO baru, Zahid tawarkan “sesuatu” yang ramai tak sangka kepada KJ. Tapi…
TAWAR JAWATAN SETIAUSAH AGONG BN TAPI..
Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini menolak tawaran yang diberikan kepadanya oleh presiden baru Umno, iaitu menjadi setiausaha agung parti.
Melalui ciapan di Twitter, bekas menteri dan ketua Pemuda Umno itu menegaskan beliau hanya mahu memberikan fokus kepada tugasnya sebagai anggota parlimen.
Bagaimanapun kata Khairy, beliau akan tetap sedia membantu parti terbabit, serta – tidak seperti beberapa anggota parlimen Umno – setia kepadanya.
“Terima kasih DS @Zahid_Hamidi kerana menawarkan saya jawatan Setiausaha Agung BN tadi.
“Saya memberi tahu beliau saya tidak mahu pegang apa-apa jawatan tinggi parti. Saya memberi fokus kepada tugas sebagai MP (anggota parlimen). Sedia bantu & tetap bersama Umno,” ciapnya.
Khairy adalah salah seorang pemimpin kanan dalam Umno yang kini tidak lagi mempunyai sebarang jawatan dalam kepemimpinan tertinggi parti.
Bermula dengan menawarkan diri sebagai naib presiden, anak seorang diplomat itu mengejutkan ramai apabila menyertai persaingan merebut jawatan presiden pada saat-saat akhir penamaan calon.
Baru berusia 42 tahun Khairy berdepan dengan dua pemimpin yang lebih kanan, iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Tengku Razaleigh Hamzah.
Berdasarkan keputusan rasmi diumum Ibu Pejabat Umno, 99 bahagian dalam parti itu memilih Ahmad Zahid sebagai nakhoda baru mereka manakala Khairy cuma menerima 61 undi.
Tengku Razaleigh pula sekadar mengumpul 30 undi.
Bagaimanapun mengikut perkiraan undi berdasarkan jumlah diterima Khairy serta Tengku Razaleigh, majoriti ahli Umno boleh dianggap mahu pemimpin selain Ahmad Zahid menjadi presiden Umno.
Khairy menegaskan beliau memang menerika keputusan berkenaan dengan hati terbuka. Malah malam tadi beliau menganggap kekalahan skuad bola sepak kebangsaan Argentina dalam Piala Dunia di Russia sebagai khabar terburuk yang datang kepadanya.
Pagi tadi pula Khairy menyatakan rasa kecewa dengan sikap sesetengah pihak dalam Umno yang didakwanya mempunyai mentaliti feudal serta tidak ada pendirian.
Katanya ketika ini masih wujud tokoh tertentu yang bersifat mencengkam – digelarnya sebagai warlord – mempengaruhi pengundian parti.
“Angguk-angguk, tepuk-tepuk, seolah-olah tiada pendirian sendiri. Majoriti ahli nak berubah tetapi warlords masih pekak terhadap suara rakyat,” ciapnya. (Sumber: Malaysiakini)
ZAHID SAHKAN AKAN KE SPRM ESOK
Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan beliau diminta hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok.
Anggota Parlimen Bagan Datuk itu berkata ada beberapa isu yang perlu dijelaskan kepada agensi antirasuah berkenaan.
Antaranya, kata bekas timbalan perdana menteri tersebut, mengenai sebuah yayasan milik keluarga yang ditubuhkan bagi menjalankan aktiviti amal.
“Yayasan tersebut adalah untuk aktiviti (seperti) pembinaan masjid, maahad tahfiz, rumah anak yatim dan beberapa aktiviti kebajikan lain seperti sedekah dan lain-lain.
“Wang dalam yayasan keluarga saya adalah sumbangan saya sendiri dan beberapa kawan yang hendak melakukan amal jariah,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur hari ini.
Ia adalah sidang media pertama Ahmad Zahid sebagai presiden Umno. Turut hadir Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan serta dua daripada tiba naib presiden parti itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Kata Ahmad Zahid hal mengenai yayasan itu akan dijelaskan dengan lebih lanjut dalam perjumpaan beliau dengan pegawai SPRM nanti.
Janji Akan Telus
Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya masih merundingkan waktu pertemuan tersebut.
Terdahulu media melaporkan SPRM meminta Ahmad Zahid memberi keterangan kepada agensi berkenaan berhubung beberapa dakwaan yang dikaitkan kepadanya.
Memetik sumber The Star Online melaporkan antara butiran yang ingin diketahui SPRM ialah dakwaan Ahmad Zahid menggunakan dana yayasan tersebut untuk kepentingan peribadi.
Turut menarik perhatian ialah dakwaan pemimpin Umno itu mengenai pertemuannya dengan seorang anggota keluarga bangsawan Arab Saudi yang mengaku memberikan derma berbilion ringgit kepada Datuk Seri Najib Razak.
Untuk rekod, Najib – yang mengosongkan kerusi presiden Umno kerana kalah dalam pilihan raya umum lalu – sedang disiasat berhubung beberapa isu, termasuk skandal 1MDB.
Najib sendiri sudah memberikan keterangan kepada SPRM sebelum ini.
Siasatan berkenaan juga menyaksikan pihak berkuasa membekukan kira-kira 900 akaun bank termasuk milik Ibu Pejabat Umno Malaysia serta Umno Selangor kerana disyaki mempunyai kaitan dengan syarikat pelaburan milik penuh kerajaan itu.
Ditanya sama ada pertemuan dengan SPRM itu juga melibatkan isu pembekuan akaun Umno, Ahmad Zahid tidak dapat memberikan kepastian.
Katanya, beliau tidak tahu apa soalan yang akan ditanyakan oleh SPRM esok.
“Tapi saya akan berikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dan saya perlu telus,” katanya. (Sumber: Malaysiakini)
Comments