in

Beku Akaun UMNO. Ini Komen TEGAS Khairy Buat Ahli UMNO Setuju

Baru Nak Kalut Bila Sumber Duit Beku. Dulu Selalu Mendongak Ke Langit.

Beku Akaun UMNO. Ini Komen TEGAS Khairy Buat Ahli UMNO Setuju | Seorang demi sorang pemimpin UMNO mula bersuara bila akaun UMNO yang katanya berbilion dibeku SPRM. Terkini ini kenyataan tegas KJ buat ramai ahli UMNO setuju.

BEKU AKAUN MENYUSAHKAN PERGERAKAN UMNO

Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan beberapa akaun UMNO, termasuk akaun UMNO Pusat dan beberapa negeri diharap bukan bertujuan untuk mengharam dan membatalkan pendaftaran parti itu.

Calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin, berkata pembekuan akaun berkenaan akan menyusahkan UMNO untuk menjalankan kerja pentadbiran dan urusan berkaitan.

Justeru, beliau berkata, jika terpilih menjadi Presiden pada pemilihan yang akan berlangsung Sabtu ini, perkara membabitkan akaun dan aset UMNO menjadi keutamaan untuk diselesaikan.

“Saya sangat-sangat khuatir dengan perkembangan terkini berkenaan dengan pembekuan akaun UMNO oleh pihak SPRM.

“Kalau dipilih sebagai Presiden UMNO, saya akan berusaha mempertahankan aset, akaun dan juga parti UMNO. Kalau perlu diadakan perjumpaan dengan pihak berkuasa dan juga kerajaan, saya akan tampil memastikan bahawa UMNO tidak terbabit.

“Sebab walau apa pun siasatan ini (berkaitan 1MDB) tidak akan membabitkan UMNO. Jika ada sumbangan daripada pihak tertentu terhadap UMNO, maka saya harap mereka dapat memberikan perincian kepada UMNO kerana saya tak mahu disebabkan kalau ada apa pun sumbangan dari sumber disiasat, ia menjejaskan parti secara keseluruhan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan bersama UMNO Perak pada Majlis Sepetang Bersama KJ di Bukit Merah Laketown Resort, di sini, hari ini.

Khairy berkata demikian sebagai mengulas perkembangan terkini mengenai tindakan pembekuan akaun UMNO Pusat, Selangor, Pulau Pinang dan Johor oleh SPRM, hari ini.

Katanya, penerimaan wang dari sumber yang sedang disiasat itu hanya andaian tetapi diharapkan ia tidak menjejaskan keseluruhan akaun dan kedudukan parti.

“Jadi, perkara pertama kita akan buat ialah dapat melindungi UMNO daripada apa-apa tindakan untuk mengharamkan parti kita dan membekukan aset sebab UMNO bukan berada di pihak yang disiasat dan siasatan ini (1MDB) tidak membabitkan UMNO,” katanya.

Khairy juga berkata, jika terpilih menjadi Presiden, langkah pertama yang akan dilakukannya adalah mendapatkan nasihat perundangan daripada peguam untuk bertemu dengan pihak berkuasa, termasuk polis, Kementerian Dalam Negeri serta mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, langkah itu perlu dibuat bagi memastikan pembekuan akaun itu hanya untuk membolehkan siasatan dijalankan dan ia bukan usaha untuk mengharamkan UMNO dan merampas aset yang dimiliki UMNO.

Ditanya sama ada tindakan pembekuan akaun UMNO itu akan memberi kesan pada proses pemilihan yang akan berlangsung Sabtu ini, Khairy berkata, ia tidak menjejaskan proses kerana persediaan sudah dilakukan.

Dalam pada itu, Khairy juga turut mengumumkan tambahan manifestonya untuk memberikan tempat sebanyak 30 peratus kepada wanita dalam Majlis Tertinggi UMNO, jika dipilih sebagai Presiden.

Katanya, langkah itu penting bagi menampakkan UMNO sebagai sebuah parti yang progresif dan parti masa hadapan yang memberikan ruang lebih terbuka kepada wanita. (Sumber: Berita Harian)

ZAHID – WANG UMNO SAH

Naib Presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan berusaha membuktikan wang yang dimiliki Umno adalah sah dan tidak terbabit dalam sebarang kegiatan pengubahan wang haram.

Ahmad Zahid yang menjalankan tugas-tugas presiden berkata Umno akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembekuan akaun bank ibu pejabat Umno dan akaun lain.

“Selagi memimpin Umno, saya akan menentang dan tidak akan membenarkan mana-mana pihak membuat ugutan dan melakukan diskriminasi terhadap Umno. Ugutan dan penderaan politik bukan cara untuk mentadbir negara oleh mana-mana kerajaan di sebuah negara demokrasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru beliau berharap semua anggota Umno akan bersama-sama beliau dalam memastikan parti itu terus wujud dan menentang sebarang usaha melumpuhkannya.

Beliau turut memberi jaminan sekiranya dipilih sebagai presiden parti pada pemilihan Sabtu ini, Umno akan bangkit sebagai sebuah parti Melayu dan bumiputera yang memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara.

Terdahulu hari ini pada satu majlis di Johor Bahru, Ahmad Zahid mendakwa SPRM telah membekukan akaun Umno pusat. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

SPRM Beku Akaun UMNO. Ini Jawapan Muhyiddin Kepada Zahid Buat Ramai SETUJU

Rampasan Barang. Kini Keluarga Najib Pula Mula Berbuat SESUATU