in

Kata TERKINI Ahmad Bashah Bekas MB Kedah Ni Buat Ramai Ahli PAS Bangga

Setuju Dengan Kata Mat Bashah Ni. Jom Kongsikan.

Kata TERKINI Ahmad Bashah Bekas MB Kedah Ni Buat Ramai Ahli PAS Bangga | Ketika UMNO sibuk buat perubahan, kata nasihat terkini Ahmad Bashah bekas MB Kedah ni buat ramai ahli PAS seluruh negara rasa bangga. Jom baca.

UMNO KENA CONTOHI PAS YANG SEMANGAT TAK PERNAH LUNTUR

Ahli UMNO wajar mencontohi semangat juang Pas yang tidak mudah luntur walaupun bergelar pembangkang sejak sekian lama.

Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, sebagai parti pembangkang, UMNO harus segera belajar menjadi pembangkang yang berkesan dengan menjadikan Pas sebagai contoh terbaik.

Menurutnya, kekalahan lalu bukan menyebabkan UMNO hilang segalanya, namun ahli harus bangkit membuktikan parti itu masih miliki kekuatannya.

“UMNO dan Pas adalah parti pembangkang, Pas ada pengalaman dan kita kenalah belajar daripada mereka untuk jadi ‘ayam kampung’ yang tak pernah hilang semangat.

“Jangan terlalu runsing bila kalah sehingga sertai parti lawan,” katanya, ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar, semalam.

Ahmad Bashah yang juga Ketua UMNO Bahagian Alor Setar berkata, walaupun parti masih berkecamuk setelah mengalami kejutan PRU14 lalu, ahli harus meneruskan perjuangan walau dalam apa jua keadaan.

“Ini kali kedua kita jadi pembangkang di Kedah, kita harus terima walaupun masih bersedih namun harus segera bangkit.

“Pemuda harus terus menjadi harapan bangsa untuk teruskan perjuangan parti. Ada juga yang lari ke parti lawan sebab tiada semangat juang selain mahu cari kepentingan diri,” katanya.

Menurutnya, keadaan yang berbeza itu akan menyebabkan ahli parti mengubah minda dan persepsi dengan menjadi ‘semak dan imbang’ kepada kerajaan.

“Dulu kita berkuasa, sekarang hilang kuasa, mana yang tidak betul kita harus berani suarakan,” katanya dalam ucapan itu, yang terakhir sebelum mengundurkan diri setelah tidak mempertahankan jawatan pada 30 Jun ini. (Sumber: Astro Awani)

ANAK NAJIB MENANG TANPA BERTANDING DI PEKAN

Anak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd Nizar dipilih menjadi Ketua Pemuda UMNO Pekan setelah menang tanpa bertanding pada Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian itu di sini hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Shahruddin Ahmad yang melebihi had umur kelayakan.

Mengulas pemilihannya, Mohd Nizar, 40 berazam untuk membangkitkan kembali parti.

“Saya lihat sokongan dan semangat juang pemimpin UMNO masih kuat dan tidak terhenti… Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pekan hari ini juga menyaksikan dewan ini penuh dihadiri anggota parti.

“Mereka begitu komited dan membuktikan parti Umno masih relevan… apa yang perlu dilakukan kini ialah membuang sikap angkuh, politik wang serta segala yang negatif selain cuba memenangi kembali hati anak muda,” katanya ketika berucap pada persidangan itu.

Lebih 500 perwakilan Pemuda hadir bagi mengundi barisan kepimpinan baharu sayap berkenaan.

Mohd Nizar berkata dalam keadaan politik yang mencabar pada masa kini, amat penting bagi UMNO menjadi pembangkang yang kuat dan mampu membawa masalah rakyat dengan berkesan.

“Justeru saya merayu kepada ahli dan pucuk pimpinan UMNO agar merapatkan saf kerana kita berjuang demi parti yang memperjuangkan agama Islam,” katanya.

Sementara itu, Shahruddin berkata sokongan ahli UMNO khususnya di Pekan terhadap Najib selaku wakil rakyat Parlimen Pekan masih utuh dan tidak berbelah bagi.

“Kekalahan pada PRU14 bukan atas faktor beliau. Kita percaya beliau adalah pemimpin yang bersih dan disayangi rakyat sehingga ke hari ini,” katanya. (Sumber: Astro Awani)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Najib Kata Tak Tahu Tentang Transaksi 1MDB. Ini Komen PADU Tun Mahathir

Penahanan Siti Kassim. Akhirnya Ini Tindakan Polis Petang Tadi Buat Ramai LEGA