in

Kotak MISTERI Ditahan Di Luar Ofis Kontraktor Pertahanan. Ini Hasil Siasatan Wartawan

Harap Menteri Pertahanan Baru Boleh Siasatan Isi Kandungan Kotak Misteri Ni.

Kotak MISTERI Ditahan Di Luar Ofis Kontraktor Pertahanan. Ini Hasil Siasatan Wartawan | Beberapa ratus kotak misteri ditahan di ofis kotraktor Pertahanan terbesar di Malaysia. Dan ini hasil siasatan wartawan dari FMT. Jangan terkejut.

KOTAK DALAM JUMLAH YANG SANGAT BANYAK

Kotak yang tersusun di pejabat salah sebuah kontraktor pertahanan terbesar di Malaysia menimbulkan spekulasi yang ia mungkin mengandungi dokumen berkaitan siasatan Kementerian Pertahanan ke atas urus niaga meragukan di bawah pentadbiran lama.

Pemeriksaan oleh FMT mendapati anggaran beratus kotak diletakkan di atas palet kayu dan sekurang-kurangnya 4 lori tentera, serta ditutup dengan kanvas dan dibalut plastik.

Ketika ditanya, pengawal keselamatan di syarikat swasta itu, yang namanya dirahsiakan sementara menunggu respons, berkata mereka tidak tahu isi kandungan kotak itu tetapi mereka menerima arahan “pihak berkuasa” untuk memastikan “tiada orang menyentuh atau mendekatinya”.

“Palet itu berada di situ terdedah kepada hujan dan panas terik. Kami tak tahu sangat apa kandungannya, tapi kami diarah untuk pastikan tiada satu kotak atau kertas hilang,” kata seorang pengawal, yang enggan menghuraikan lebih lanjut.

Beliau juga berkata, kotak itu diletakkan di situ antara tempoh berkempen dan hari pengundian pada 9 Mei.

FMT mendapat tahu tentang kotak itu daripada sumber boleh dipercayai, yang berkata ia mengandungi “dokumen penting” berkaitan kontrak Kementerian Pertahanan.

Kontrak pertahanan dipercayai bernilai berbilion ringgit menjadi tumpuan kerajaan Pakatan Harapan yang berikrar membongkar rasuah dalam pemerolehan kerajaan di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu baru-baru ini mengumumkan pasukan siasatan khas yang diketuai bekas ketua audit negara Tan Sri Ambrin Buang akan menyiasat dakwaan salah laku dan penyelewengan di kementeriannya.

Sumber memberitahu FMT kotak itu diletakkan di situ pada 21 Mei atas arahan “seorang ahli politik kanan”.

FMT tidak dapat mengesahkan dakwaan itu tetapi sedang berusaha menghubungi pihak berkaitan, termasuk bekas menteri pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Dokumen-dokumen ini sepatutnya disimpan di Blok B dan C untuk dimusnahkan,” kata sumber itu, dan menambah ia mengandungi dokumen dan kertas yang mungkin boleh menjadi bukti dalam sebarang siasatan rasuah.

Sementara itu, seorang kakitangan di firma itu berkata dokumen syarikat yang sepatutnya dibuang selalunya disimpan di blok yang tidak digunakan.

“Tetapi kotak-kotak itu dipindahkan. Mungkin kerajaan baru sedang melihat kandungannya,” katanya. (Sumber: Free Malaysia Today)

BAPA ALTANTUYA – KENAPA TAK HANTAR ANAK SAYA BALIK SAHAJA?

Bapa warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu hari ini mempersoalkan kenapa anaknya dibunuh dan bukan dihantar balik ke negara itu.

“Kenapa mereka tidak gari dia dan hantar dia balik. Kenapa bunuh dia?

“Saya mahu keadilan untuk anak perempuan saya,” kata Shaariibuu Setev dalam sidang media hari ini.

Peguamnya, Ramkarpal Singh yang turut hadir dalam sidang media hari ini berkata, Setev akan menemui Peguam Negara, Tommy Thomas 3 petang ini dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad 5 petang esok untuk membincangkan kemungkinan membuka semula siasatan ke atas kematian Altantuya.

Altantuya yang berusia 28 tahun ketika itu, dibunuh antara 19 hingga 20 Oktober 2006 oleh 2 anggota polis Malaysia.

Beliau ditembak di kepala sebanyak 2 kali, sebelum mayatnya dililit bahan letupan gred tentera dan diletupkan di dalam hutan. Motif jenayah dan dalang pembunuhan itu sehingga kini tidak diketahui.

Pembunuh terbabit, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, adalah anggota Unit Tindakan Khas yang menyediakan khidmat pengawal peribadi kepada pemimpin tertinggi negara.

Kedua-duanya disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Bagaimanapun, Sirul melarikan diri ke Australia sebelum mahkamah membuat keputusan terakhir dan kemudian ditahan di Sydney hampir 2 tahun.

Pembunuhan Altantuya menarik perhatian kerana pembabitan Abdul Razak Baginda, bekas pembantu kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Razak yang didakwa bersama Sirul dan Azilah, dibebaskan tanpa dipanggil membela diri. Dia juga mengakui mempunyai hubungan dengan wanita Mongolia itu.

Kes itu dikaitkan dengan pembelian 2 kapal selam Perancis, urus niaga yang sedang disiasat di Perancis kerana dakwaan sogokan melibatkan syarikat yang dikaitkan dengan Razak.

Bulan lalu, Setev merayu kerajaan Pakatan Harapan membuka semula siasatan untuk mendedahkan identiti dalang yang mengarahkan pembunuhan anaknya.

Sirul pula dilaporkan bersedia pulang ke Malaysia dan mendedahkan dalang di sebalik kes itu, tetapi dia menolak cadangan Ramkarpal untuk meringankan hukuman mati kepada penjara seumur hidup.

Dia turut mendakwa diri menjadi kambing hitam “dalam satu jenayah politik terancang” dan menafikan pernah mengaku membunuh Altantuya. (Sumber: Free Malaysia Today)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Bapa Arwah Altantuya Jumpa Peguam Negara. Puncanya Buat Seseorang CUAK

WAJIB BACA. Apa Hukum Guna Duit Raya Anak ? Ini Jawapan PADU Ustaz Azhar Idrus. SEBAR.