in

Bapa Arwah Altantuya Jumpa Peguam Negara. Puncanya Buat Seseorang CUAK

Semoga Kes Ni Boleh Selesai Dengan Elok. InsyaAllah.

Bapa Arwah Altantuya Jumpa Peguam Negara. Puncanya Buat Seseorang CUAK | Bapa arwah Altantuya pergi ke Malaysia dan bakal jumpa Peguam Negara yang baru. Puncanya buat ramai tak sangka dan ada sorang tu cuak. Jom baca.

JUMPA PEGUAM NEGARA UNTUK BUKA KES SEMULA

Bapa kepada model Mongolia yang dibunuh, Altantuya – akan bertemu peguam negara Tommy Thomas pada pukul tiga petang esok di Putrajaya.

Peguam yang mewakili Setev, Ramkarpal Singh berkata tujuan pertemuan adalah untuk meminta Thomas membuka semula kes pembunuhan Altantuya yang berlaku pada Oktober 2006.

“Kami akan berjumpa dengan wartawan di pejabat saya di Kuala Lumpur pada pukul lima petang, selepas pertemuan itu,” katanya kepada Malaysiakini.

Kedatangan Setev berikutan kemungkinan Sirul Azhar Umar yang kini ditahan pihak imigresen Australia akan dihantar pulang ke Malaysia, selepas hukuman matinya dikurangkan kepada penjara seumur hidup.

Sirul dilaporkan sanggup pulang jika diberi pengampunan di Malaysia.

Namun dia kemudian dilaporkan menolak tawaran pengurangan hukuman kepada penjara seumur hidup dan lebih memilih untuk tinggal dalam tahanan di Australia.

Dia malah menafikan membunuh Altantuya dan mendakwa hanya menyerahkan wanita itu kepada rakan sekerjanya Azilah Hadri pada malam 19 Oktober 2006.

Pada 2015, mahkamah menjatuhkan hukuman mati kepada Sirul dan Azilah selepas disabit kesalahan membunuh Altantuya.

Ketika itu, mereka merupakan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) dan bertugas sebagai pengawal Datuk Seri Najib Razak.

Azilah kini menunggu hukuman mati di penjara, manakala Sirul lari ke Australia tiga tahun lalu.

Kerajaan BN sebelum ini tidak mengekstradisinya atas sebab undang-undang Australia yang tidak mengiktiraf hukuman mati.

Gesaan untuk membuka semula kes itu mula muncul selepas Pakatan Harapan menewaskan BN pada PRU ke-14. (Sumber: Malaysiakini)

NAJIB TAK BAYAR SAYA – BAPA ALTANTUYA

Bapa kepada warga Mongolia yang mati dibunuh dengan kejam, Altantuya Shaariibuu menafikan menerima sebarang dana daripada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Saya dengar macam-macam, ada yang dakwa Najib membayar saya tetapi ini tidak benar,” kata Setev Shaariibuu pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Secara berseloroh, beliau berkata, bahawa kerajaan persekutuan baru telah merampas harta dan wang Najib yang sepatutnya diberikan kepada keluarganya.

Setev dan cucunya memfailkan saman ke atas kerajaan untuk pampasan berhubung kematian Altantuya. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Terkini Najib Ucap Terima Kasih Kepada Tun Mahathir. Ini Rupanya PUNCA.

Kotak MISTERI Ditahan Di Luar Ofis Kontraktor Pertahanan. Ini Hasil Siasatan Wartawan