in

Terkini 1MDB. Peguam Jho Low Jumpa SPRM. Ini Puncanya.

Semoga Dalang Utama Ni Dibawa Balik Ke Malaysia Cepat.

Terkini 1MDB. Peguam Jho Low Jumpa SPRM. Ini Puncanya. | Di saat ramai tertanya di mana dalang utama 1MDB berada, peguam Jho Low dilihat jumpa SPRM. Wartawan dedahkan punca perjumpaan tersebut.

JHO LOW SEDIA BANTU SPRM

Ahli perniagaan Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, bersedia untuk membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam kenyataan yang dihantar bagi pihaknya, jurucakap Jho Low berkata individu utama dalam skandal 1MDB itu telah mengarahkan peguamnya untuk menghubungi SPRM hari ini.

“Melalui laporan media bertarikh 7 Jun 2018 (hari ini), Low maklum SPRM meminta bantuannya.

“Susulan itu, beliau segera mengarahkan peguam untuk berhubung dengan SPRM hari ini berkenaan bantuan tersebut,” kata kenyataan satu perenggan itu.

SPRM hari ini meminta Jho Low dan peguam Nik Faisal Ariff Kamil tampil bagi membantu siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd.

Mereka dikatakan rapat dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, dan dikehendaki pihak berkuasa sejak siasatan terhadap SRC International dan 1MDB bermula pada 2015.

Mereka berdua dipercayai berada di luar negara. (Sumber: Malaysiakini)

SYED SADDIQ JANGAN MENYIBUK

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Abdul Rahman, diingatkan supaya tidak ‘menyibuk’ dengan urusan pemilihan UMNO.

Ahli Parlimen Paya Besar, Shahar Abdullah, berkata sebaliknya Syed Saddiq perlu memberi fokus kepada janji Pakatan Harapan (PH) untuk kebaikan golongan muda.

Shahar yang juga Ketua Pemuda UMNO Pahang, berkata adalah lebih baik jika Syed Saddiq menumpukan usaha untuk menaikkan namanya menjadi Menteri Belia dan Sukan bagi menunaikan pelbagai janji PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Katanya, Ahli Parlimen Muar itu perlu menjadi Menteri Belia dan Sukan bagi menumpukan usahanya membantu peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bergaji RM4,000 ke bawah yang mengharapkan PH menunaikan janji mereka sebelum menang PRU14.

“Syed Saddiq kena sedar ramai anak-anak muda juga ternanti-nantikan satu juta peluang pekerjaan dijanjikan Pakatan Harapan walaupun kerajaan baharu kini sedang sibuk bertungkus-lumus untuk menggambarkan ekonomi negara seakan-akan tenat.

“Ini kerana Syed Saddiq kena tunggu tidak lama lagi untuk saya bangkitkan, ungkit janji-janji Pakatan Harapan di Dewan Rakyat sebagai membawa penyesalan dan kekesalan anak muda mengundi Pakatan Harapan tempoh hari.

“Sebagai Ahli Parlimen, saya mahu bertanya kepada Syed Saddiq selaku bakal Menteri Belia dan Sukan mengenai apa beliau lakukan untuk anak-anak muda tanpa mengira bangsa dalam mengurangkan beban kos sara hidup, peluang pekerjaan dan segala yang pernah dijanjikan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Untuk rekod, PH membentuk kerajaan pada 10 Mei lalu.

Shahar, 38, yang juga calon Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan kali ini mengulas kenyataan Syed Saddiq yang mendakwa UMNO masih terperangkap dalam masa silam dan berpegang kepada individu berusia bagi jawatan Ketua Pemuda.

Ia berikutan beberapa pemimpin dan ahli UMNO yang menawarkan diri bertanding untuk jawatan itu berusia lebih 40 tahun.

Selain Shahar, antara nama lain turut bertanding jawatan sama adalah Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun; bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang semuanya sudah melepasi usia 40 tahun.

Mengulas lanjut, Shahar berkata, selain itu adalah lebih baik sekiranya Syed Saddiq terus bersuara dalam Pakatan Harapan untuk menegur pimpinan utama supaya menunaikan janji manis mereka pada PRU-14.

“Daripada biar (Ahli Parlimen Setiawangsa) Nik Nazmi Nik Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi Menteri Belia dan Sukan, lebih baik Syed Saddiq yang jauh lebih muda menunjukkan taring kerana rekod kepimpinan Nik Nazmi tidak begitu menonjol walaupun pernah menjadi Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

“Ingatlah, waima baru setahun jagung dalam politik, pemimpin Pakatan Harapan termasuk Syed Saddiq sedang dinilai masyarakat terutama anak-anak muda yang akan sekali lagi mengundi dalam masa lima tahun lagi,” katanya. (Sumber: Berita Harian)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Viral Lim Guan Eng Makan Gerai Biasa. Ini Kisah SEBENAR Di Sebaliknya

Sebaik PH Menang PRU. Ini Tindakan Yang Cuba Dibuat Jho Low Terhadap Tun Mahathir