Polis Maut Kemalangan. Rakan Dedah Mangsa Imam Yang Baik. Al Fatihah. | Seorang polis maut selepas terlanggar lori yang tiada lampu belakang di PLUS. Wartawan sempat temuramah rakan baik mangsa, “dia imam kami yang baik”. Baca selanjutnya.
SEMUA TERKEJUT DENGAN BERITA NI
“Kawan yang selalu jadi imam solat kami dah tiada dan kami benar-benar kehilangan kawan yang sangat baik,” kata rakan mangsa kemalangan maut, Konstabel Hafiz Razaman, 22, kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Hafiz berkata, rakannya juga polis bantuan Prasarana, Konstabel Mohamad Faizaman Ponniman, 22, meninggal dunia selepas motosikal ditunggang sendirian terbabas di Kilometer 232.2 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah selatan kira-kira jam 10.45 malam, kelmarin.
“Kejadian menimpanya saya ketahui selepas viral di Facebook kira-kira jam 11 malam dan pada mulanya tak percaya sebab saya baru saja selesai bertugas dengan arwah jam 6 petang.
“Saya semak info di balai polis dan memang benar kawan kami yang paling baik sudah meninggal dunia dalam kemalangan. Walaupun baru kenal dua tahun, arwah selalu imamkan kami solat,” katanya ketika ditemui di perkarangan Bilik Mayat Hospital Tampin, di sini.
Menurutnya, pada awalnya Hafiz sering solat seorang diri di tempat bertugas sebelum mereka dan rakan setugas lain berjemaah selain sering memberi nasihat supaya menjaga solat dan menghormati orang tua.
“Arwah memang pendiam tapi dia gemar bergurau dengan kawan-kawan yang rapat dengannya cuma semalam (kelmarin) arwah diam saja dan hanya mendengar lagu-lagu raya.
“Tahun ini arwah dapat bercuti raya dan dia sanggat gembira dapat balik ke kampung beraya bersama keluarga,” katanya.
RANCANG TUNAI HAJI
Ayah Mohamad Faizaman, Ponniman Kariyowi, 62, berkata, keluarganya reda dengan berita sedih itu seperti pemergian anak kedua, Muhamad Faiz yang berusia 14 tahun dalam insiden mati lemas ketika banjir besar pada 2006.
“Tahun ini anak ketiga juga anak bongsu saya pula meninggal dunia. Memang sedih tapi kami reda dengan ketentuan Allah. Arwah memang anak yang sangat baik serta menghormati ibu bapa serta abang sulungnya.
“Ikutkan kami empat beranak baru saja daftar haji awal Ramadan lalu. Kami memang nak tunaikan haji dan kami buat akaun serta daftar bersama-sama,” katanya.
Menurutnya yang juga bilal Surau Haji Haliman Parit Bunga Raya Hujun di Muar, jenazah almarhum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Bunga Raya Hujung di Bukit Gambar, Johor selepas solat Asar, semalam.
“Petang kelmarin adalah kali terakhir Hafiz hubungi untuk beritahu ingin pulang ke kampung sebelum menyerahkan telefon kepada isterinya, Zainon Sadiron, 54.
“Arwah memang suka berbual dengan ibunya dan memang kerap hubungi kami orang tuanya. Dia memang anak yang baik,” katanya.
KENDERAAN BESAR TANPA LAMPU BELAKANG
Sementara itu, saksi kejadian, Muhammad Haizuddin Md Haris, 22, ketika ditemui berkata, ketika kejadian dia bersama ibunya, Hasina Md Talib, 49, serta seorang kakaknya sedang dalam perjalanan pulang dari Bangi ke Melaka.
“Masa itu saya memandu di lorong paling kanan sementara arwah menunggang motosikal di lorong paling kiri. Tiba-tiba terus arwah langgar sesuatu yang besar dan terjatuh ke jalan, kejadian berlaku di hadapan kami sekelip mata saja.
Faizaman meninggal dunia selepas dipercayai melanggar belakang treler di Kilometer 232.2 Lebuhraya Plus arah selatan, kelmarin.
“Kami pun tak nampak yang dilanggar itu sebuah lori treler memandangkan memang tiada langsung lampu di belakang kenderaan. Cuma nampak kenderaan besar meneruskan perjalanan,” katanya.
Menurutnya, kereta dipandu kemudian dihentikan di lorong kecemasan untuk membantu dan mengelak mangsa dirempuh kenderaan lain di laluan gelap itu.
“Saya berhenti di lorong kecemasan dan berundur ke belakang sambil memasang lampu kecemasan sebab mangsa masih berada di lorong paling kiri. Saya dan keluarga risau kenderaan lain tak nampak mangsa dan berlaku rempuhan lagi lebih-lebih lagi kawasan ini memang gelap tak berlampu.
“Mujur ada orang awam lain yang sama-sama membantu mengawal trafik melalui lampu telefon masing-masing sementara bantuan sebenar sampai,” katanya. (Sumber: Sinar Harian)
TUN MAHATHIR DAH MACAM AYAH SAYA
Kerajaan negeri Pahang yakin kerajaan pusat akan bertindak adil terhadap negeri itu meskipun wujud perbezaan politik.
Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, konsep itu selaras sepertimana amalan kerajaan sebelum ini.
“Macam kita menjadi kerajaan persekutuan kita bantu juga Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Pakatan Harapan ini kerajaan persekutuan pilihan rakyat begitu juga kita di Pahang jadi tak ada sebab kita nak gaduh.
“Kita percaya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bukan orang baru beliau orang lama, dia macam ayah kita, kalau saya dengan Tun M macam ayah,” katanya dalam sidang media di Hotel Pasifik di sini hari ini.
Dalam pada itu ketika menyentuh mengenai persaingan dalam pemilihan parti Umno pada 30 Jun ini, Adnan berkata, pertandingan itu akan menjadi ‘biasa-biasa’ sahaja.
“Saya tengok tidak sengit sebab tak ada benda nak rebut, menang jadi presiden parti bukan boleh jadi perdana menteri.
“Sebenarnya bila kita bertanding ini, kita kena pikul tanggungjawab yang sangat berat,” katanya. (Sumber: Sinar Harian)
Comments