in

Wartawan Dedah 5 Gambar Rumah Kim Jong Un Yang MENAKJUBKAN

Rumah Di Dunia Tak Kekal, Rumah Di Akhirat Yang Kekal Abadi.

Wartawan Dedah 10 Gambar Rumah Kim Jong Un Yang MENAKJUBKAN | Seorang wartawan berjaya ikut serta kunjungan menteri luar Rusia ke kediaman Kim Jong Un. Ramai tergamam melihat keindahannya. Jom tengok 5 gambar ni.

WARTAWAN AMBIL PELUANG EMAS

Kunjungan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov ke Pyongyang baru-baru ini membuka peluang unik buat seorang wartawan Rusia apabila dia diberikan akses istimewa untuk menjengah kediaman pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Valery Sharifulin, berkesempatan mengambil gambar kediaman moden Jong-un, dilengkapi taman indah serta dekor dalaman bertema minimalis.

Taman dipenuhi bunga mekar turut menghiasi kediaman mewah terbabit.

Kediaman tersebut dikatakan terletak di sebuah lokasi rahsia berhampiran Pyongyang.




Walaupun mempunyai beberapa kediaman mewah lain, adalah amat sukar untuk memperolehi foto kediaman berkenaan berikutan kawalan keselamatan yang ketat.

Menurut seorang bekas pengawal, Lee Young-kuk, pemimpin Korea Utara itu mempunyai sekurang-kurangnya lapan istana di sekitar ibu negara. (Sumber: Sinar Harian)

THAILAND RANCANG HANTAR DURIAN KE ORBIT

Thailand merancang untuk menghantar durian ke orbit dalam cubaan menguji ketahanannya, lapor laman berita Channel NewsAsia (CNA) dan projek itu bakal menyaksikan ‘Raja Buah’ dinikmati dalam keadaan tanpa tarikan graviti.

“Kami mahu angkasawan boleh menikmati makanan Thailand, pada masa depan. Kami mahu melihat perubahan fizikal terhadap buah ini apabila ia kembali ke Bumi.

“Mungkin ia akan berubah menjadi lebih kecil atau merekah,” kata jurucakap Agensi Pembangunan Teknologi Angkasa dan Geo-Informatik (GISTDA) Thailand.

Buah itu digemari di seluruh rantau Asia serta terkenal dengan popularitinya dan ada juga yang tidak menyukai baunya sehingga durian diharamkan dalam bilik hotel, lif dan kabin kapal terbang.

Reputasi bau buah itu menimbulkan persoalan sama ada ia akan diterima dalam ruang terhadap kapal angkasa.

Ujian itu dijalankan dengan sebuah pertubuhan yang tidak dinamakan. Buah itu akan dikeringkan dan ditutup dengan vakum yang tidak akan begitu mengeluarkan bau.

Pelancaran ujian itu ke angkasa dijadualkan pada Julai depan. Beberapa bungkusan durian akan ditutup, diletakkan dalam kotak dan dihantar ke angkasa selama lima minit. Beberapa jenis beras Thailand turut dihantar untuk tujuan sama. – Agensi/ CNA (Sumber: Berita Harian)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Duit Derma Ramadhan Masjid Di Terengganu DICURI Lelaki MISTERI

Erdogan Diajak Mahasiswa Sahur Bersama. Pukul 5 Pagi Tak Sangka Asrama Universiti GEMPAR