in

Ini Kutukan BERANI Zahid Hamidi Terhadap Kerajaan Baru Buat Rakyat MARAH

Tengah Sedap Makan Tempe Ye Datuk Seri

Ini Kutukan BERANI Zahid Hamidi Terhadap Kerajaan Baru Buat Rakyat MARAH | Wahh boleh tahan juga kata Zahid Hamidi ni sejak jadi pembangkang. Tapi ramai yang marah. Ada ke patut dia kata…. Ikuti selanjutnya.

KERAJAAN BARU MACAM TEMPE

Kerajaan baharu Pakatan Harapan (Harapan) disamakan seperti tempe kerana didakwa tidak konsisten dalam memberikan fakta.

Naib Presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sehingga kini, janji yang dibuat sebelum menang PRU14 masih belum berjaya dilaksanakan.

“Kita lihat contohnya, apabila diisytiharkan mereka menang, kata harga minyak akan turun tetapi kenyataannya sehingga sekarang tidak turun.

“Mereka juga isytihar GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) akan dihapuskan, tapi tidak ada barang yang harga turun walaupun GST 0 peratus. Ada 90 barangan yang telah naik harga,” katanya dipetik menerusi portal Umno Online.

Beliau berkata demikian dalam program berbuka puasa bersama Ketua-Ketua Penerangan Bahagian Umno, semalam.

Selain itu, Ahmad Zahid turut mempersoalkan janji Harapan untuk melaksanakan penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi mereka berpendapatan RM4,000 ke bawah.

“Maka situasi untuk pembiayaan semula melalui PTPTN tidak dapat dilaksanakan.

“Mereka juga kata hutang negara RM1 trilion, tetapi yang jelas hanya RM686.8 billion. Mereka katakan ada pinjaman asing tetapi sebenarnya ’domestic debt’ iaitu pinjaman dalam negara…ertinya tidak ada pengaliran wang tunai ke luar negara,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan baharu juga menuduh kerajaan BN membuat pinjaman dalam mata wang dolar Amerika Syarikat (AS$) dan yen, namun hakikatnya Bank Negara Malaysia membuktikan hanya dua peratus sahaja pinjaman dalam AS$ dan satu peratus pula yen.

“Ertinya pinjaman kita dalam bentuk ringgit. Mereka juga kata Bursa KL (Kuala Lumpur) akan meningkat tapi akhirnya merudum jatuh.

“Dulu mereka kata ekonomi berada dalam kekecamukan dan negara hampir bankrup tetapi akhirnya mereka kata ekonomi kukuh. Siang cakap lain petang cakap lain. Macam tempe… pagi masih lagi kacang, petang sudah jadi tempe, esok sudah naik kulat,” katanya.

Justeru, beliau berharap semua ahli Parlimen BN bersatu menjadi pasukan pembangkang yang efektif di Dewan Rakyat bagi mengekang tohmahan tidak benar kerajaan baharu. (Sumber: Sinar Harian)

CEO KWSP – PASARAN SAHAM TEMPATAN MASIH BAIK DAN SIHAT

Aktiviti pasaran saham tempatan ketika ini berada pada paras sihat dan penurunan yang berlaku ketika ini adalah sejajar dengan penjualan besar-besaran dalam pasaran serantau serta global.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata pihaknya tidak bimbang mengenai aktiviti pasaran saham tempatan ketika ini.

Beliau berkata, lazimnya, pasaran saham akan mencatatkan kejatuhan dan peningkatan.

Paling utama, jelasnya, adalah melihat pasaran dalam jangka panjang.

“Kami selalu mengingatkan orang supaya tidak melihat pasaran dalam jangka pendek. Sebaliknya melihat dalam tempoh kitaran tiga hingga lima tahun. Ia adalah cara terbaik membuat pelaburan,” katanya ketika ditemui selepas pertemuan dengan Majlis Penasihat Kerajaan di sini, hari ini.

Mengulas mengenai perkara yang dibincangkan pada pertemuan itu, Sharil berkata, perkara yang dibincangkan berkisar mengenai KWSP termasuk prestasi pengurus dana persaraan itu setakat ini.

Beliau berkata, pihaknya juga membincangkan apa yang boleh KWSP lakukan untuk menjamin masa depan pencarum.

“Visi kami menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pencarum. Kami memberi taklimat bagaimana kami menyampaikan perkhidmatan kami, pelaburan dan pulangan kepada pencarum,” katanya.

Mengenai sama ada isu pemansuhan tol turut dibincangkan, Shahril berkata, isu itu tidak dibincangkan pada pertemuan pada kali ini.

Beliau berkata, perkembangan terkini mengenai perkara itu akan diumumkan Majlis Penasihat Kerajaan.

Sementara itu, selain KWSP, Majlis Penasihat Kerajaan juga bertemu dengan pemimpin utama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) utama lain seperti Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Datuk Abdul Rahman Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd, Tan Sri Azman Mokhtar.

Ia juga termasuk Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Johan Abdullah; Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin. (Sumber: Berita Harian)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Ini AMARAN Ketua Menteri Sabah Kepada Para Exco Negeri Buat Rakyat SERONOK

20 Hari Jadi PM. Ini Ulasan LANTANG Tun Mahathir Terhadap Trump Buat Ramai WOW