in

Beberapa Jam Sebelum Jumpa SPRM. Peguam Najib TARIK DIRI

Mungkin Ada Peguam Yang Lebih Bagus Ke

Beberapa Jam Sebelum Jumpa SPRM. Peguam Najib TARIK DIRI | Bagai sudah jatuh ditimpa tangga. Di saat khidmat sangat diperlukan untuk bertemu SPRM hari ni, peguam Najib tiba-tiba tarik diri. Ikuti selanjutnya.

TARIK DIRI SELEPAS BERBINCANG DENGAN NAJIB

Peguam Harpal Singh Grewal dan M Athimulan menarik diri daripada mewakili Datuk Seri Najib Razak, beberapa jam sebelum bekas perdana menteri itu dijangka disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Harpal mengesahkan beliau menarik diri selepas mengadakan pertemuan di kediaman anak guamnya itu di Taman Duta malam tadi.

“Ya, saya sahkan sudah menarik diri sebagai ahli guaman mewakili Najib.

“Selain saya, seorang lagi rakan iaitu M Athimulan turut menarik diri,” katanya dipetik sebagai berkata kepada Berita Harian.

TARIK DIRI SECARA SUKARELA

Harpal berkata mereka menarik diri secara sukarela dan bukan dipecat oleh Najib.

Laporan itu berkata kumpulan guaman mewakili Najib kini diambil alih oleh bekas peguam cara negara iaitu Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan enam lagi rakannya

Najib dipanggil ke SPRM untuk kenyataannya direkodkan pada jam 10 pagi ini.

SPRM sebelum ini menyiasat Najib berikutan deposit berbilion ringgit dalam akaun bank peribadinya serta dana dari SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

Siasatan itu telah dihentikan tetapi dibuka semula selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil alih jawatan sebagai perdana menteri di bawah kerajaan Pakatan Harapan yang baru.

Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd Sukhri Abdull, yang terlibat dalam siasatan dan bersara awal, juga telah dipanggil semula untuk mengetuai suruhanjaya itu. (Sumber: Malaysiakini)

AKTA BERITA PALSU AKAN DIMANSUH – MENTERI BARU

Akta Antiberita Tidak Benar yang digazetkan secara rasmi pada April lepas akan dimansuhkan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo hari ini.

Beliau berkata cadangan bagi memansuhkan akta tersebut akan dibawa kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar ia dapat dihapuskan secepat mungkin.

“Saya ada satu senarai yang kami perlu kaji. Saya akan adakan sidang media esok untuk beritahu secara khusus. Kita ada Akta Antiberita Tidak Benar. Sepertimana yang disebut dalam manifesto Pakatan Harapan, kami akan memansuhkannya.

“Kami akan tetapkan tempoh masa, 100 hari yang pertama kami harus menunaikan tetapi berapa banyak masa yang diperlukan saya akan bincangkan dengan pegawai-pegawai media saya esok. Memang saya akan lakukan dan mula bertugas tepat 8.30 pagi esok,” katanya di Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian kepada pemberita setelah mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia bersama 12 Menteri Kabinet yang lain di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dalam satu istiadat di Istana Negara.

Selaku menteri yang baharu di kementerian berkenaan, Gobind, 45, berkata kebebasan media menjadi agenda utamanya dan beliau komited dalam hal itu, yang menjadi antara perkara yang dinyatakan dalam manifesto Pakatan Harapan.

Namun katanya perkara itu perlu dibuat rujukan berdasarkan undang-undang sedia ada.

“Kebebasan media adalah keutamaan saya. Media membuat berita dan syarikat penerbitan terikat dengan undang-undang sedia ada jadi kami perlu melihat dari segi itu dan kami harus mencari kaedah yang kita boleh tingkatkan kebebasan akhbar di negara ini. Dan saya komited untuk melakukannya.

“Saya akan wujudkan satu kumpulan yang terdiri daripada pakar-pakar perundangan supaya mereka dapat lihat kepada impak undang-undang setakat ini, di mana ada kelemahan dan kami akan cuba perbaiki,” katanya.

Antara perkara lain yang akan dikaji semula termasuk beberapa undang-undang berkaitan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) yang berkaitan aduan dan siasatan terhadap beberapa kes yang dilaporkan.

Selain itu, anggota Parlimen Puchong itu berkata beliau turut akan memberi perhatian serius terhadap keseluruhan aspek laporan berita dan mencari jalan bagaimana sistem televisyen tempatan dapat bersaing dengan saluran media antarabangsa.

Katanya, media tempatan perlu mempelajari daripada media antarabangsa untuk lebih berpengetahuan dalam penyampaian berita.

Gobind yang juga Timbalan Pengerusi DAP memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Warwick Britain dan Jurusan Undang-Undang dari Lincoln’s Inn.

Beliau diterima masuk ke Badan Peguam Malaysia pada 1996 dan meneruskan legasi ayahnya iaitu bekas pemimpin veteran DAP mendiang Karpal Singh.

Penglibatan Gobind dalam bidang politik bermula 10 tahun lalu sebagai anggota Jawatankuasa Eksekutif DAP Pusat sehingga kini dan pernah menyandang jawatan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa DAP Selangor sejak 2015 hingga tahun lepas. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

WSJ – Ini Punca Jho Low Di Phuket Tunggu Najib Menang PRU14

Adun BN Melaka Habiskan Peruntukan Tahun 2018 RM3.9 Juta Dalam Tempoh 5 Bulan