Ini Identiti SEBENAR Ayahanda Rani Kulup Dulu2 Dalam Tentera. Ramai TERKEJUT Bila Tau. | Khalifah Mail Online – Ayahanda Rani Kulup popular dengan rekod orang paling banyak buat report polis di Malaysia. Tapi tak ramai tahu, 30 tahun dahulu dia adalah anggota tentera ATM dan lebih mengejutkan lagi unit yang disertainya. RESPEK. Jom baca dan kongsikan.
SERTAI TENTERA SEJAK UMUR 18 TAHUN
Ramai yang tak kenal Ayahanda Rani Kulup ni rupanya. Lihat kiri sekali tgh pegang kertas.
Ayahanda Rani Kulup menyertai bidang ketenteraan ketika usianya masih muda dan sentiasa bertekad melindungi masyarakat sehingga kini.
“Saya menyertai tentera ketika umur saya 18 tahun, masa itu kita (negara kita) berkonfrontasi dengan komunis (PKM), seluruh negara tidak terkecuali kepada sabotaj komunis, di Perak Kedah, Kelantan, Pahang, termasuk Sarawak.
MENENTANG KOMUNIS
“Saya sendiri pernah bertempur dengan pengganas komunis di Gua Musang Kelantan, selepas itu, saya bertempur lagi di Kuala Kacau, dan Nibong,” katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Online.
Menceritakan dengan lebih lanjut, Ayah Arka berkata, pasukannya pernah berdepan dengan pengalaman ngeri terkena jerangkap samar yang dipasang oleh pihak musuh.
“Ia dalam satu misi yang dinamakan misi risik gempur, masa itu, memang ada pasukan khas dalam pasukan tentera. Selain pasukan komando, kita juga ada pasukan perisik.
“Saya kira saya sudah sertai lebih dari 65 operasi sejak saya berkhidmat dalam ATM. Segala pahit maung, asam garam, kepayahan dalam menentang komunis sehinggalah ancaman komunis dalam hutan sudah tidak ada,” kongsinya. – Sumber Sinar
TAMBAHAN NOTA
Pada ketika itu didalam tentera darat terdapat satu unit Risik Gempur yang di kenali sebagai UCIS atau Unit Combat Intelligence Squad
All the members of the UCIS have a red lanyard on the right. They wear a patch with an eagle hoding a dagger in it’s claw. They operate in 5 men teams. Everyone is a trained signaller, combat medic, trained in demolitions and other specialities. – Sumber DSwami
IDENTITI SEBENAR
Kalau perasan, dalam temuramah dengan pemberita Ayahanda Rani Kulup tak pernah bagitau yang dia adalah anggota tentera unit komando (Risik Gempur UCIS) yang sangat power. Begitu rendah dirinya. Hanya anggota tentera je tau bila tengok gambar Ayahanda Rani Kulup muda2 tu. Power.
KOMEN NETIZEN
Sumber : MMP
Pingback:Ini Identiti SEBENAR Ayahanda Rani Kulup Dulu2 Dalam Tentera. Ramai TERKEJUT Bila Tau. – Merah Networks
Pingback:Ini Identiti SEBENAR Ayahanda Rani Kulup Dulu2 Dalam Tentera. Ramai TERKEJUT Bila Tau. – Kabarviral.me