in

Wanita Hamil DITIKAM Kawan. Apa Jadi Pada Bayi Dalam Perut Lebih MEMILUKAN

Akhir Zaman. Tergamak Dia Tikam Ibu Mengandung. Allahu.

Wanita Hamil DITIKAM Kawan. Apa Jadi Pada Bayi Dalam Perut Lebih MEMILUKAN | Khalifah Mail Online – Seorang wanita yang sedang hamil 8 bulan terkejut bila kawannya menikam dan mengelar dia secara tiba-tiba. Lepas meninggal, apa yang kawan dia buat kat bayi dalam perut tu lebih memilukan. Allahu. Baca dan kongsikan.

BUNUH KAWAN SENDIRI

Gara-gara kempunan mendapat anak, seorang wanita tergamak membunuh rakannya sendiri dan mengaku bayi mangsa sebagai anaknya.

Mangsa Angelikque Sutton, 22 tahun, yang sarat mengandung lapan bulan ditikam dan dikelar leher oleh Ashleigh Wade, 24 tahun, yang kemudian bertindak kejam dengan merentap bayi keluar dari rahim ibunya.

Portal Daily News melaporkan Wade bertindak demikian kerana ingin menjadikan bayi perempuan itu sebagai anaknya sendiri dalam pembunuhan yang dirancang teliti.

SANGGUP BERPURA MENGANDUNG

Wade dilapor berpura-pura hamil berbulan-bulan lamanya dan hanya menunggu masa untuk membunuh Sutton.

Peluang itu diambil Wade dalam insiden pada 22 November 2015 apabila Sutton singgah di rumahnya dalam perjalanan untuk mendaftar perkahwinannya.

Wade menikam rakannya berkali-kali sebelum mengelar leher mangsa. Dia kemudian membelah perut Sutton sebelum merentap bayinya keluar.

Atas kesalahan yang dilakukan itu, Wade dijatuhi hukuman penjara 40 tahun di sebuah mahkamah di Bronx, Amerika Syarikat pada Rabu.

BAYI JADI YATIM

Bayi yang diberi nama Genesis itu dilapor berada dalam keadaan selamat.

Sumber : Astro Awani

Loading...

Comments

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Resah Duit Tak Cukup Bayar Yuran. Lepas Buat 2 Amalan Ni, Apa Jadi Seterusnya Amat MENGEJUTKAN

Pelan RAHSIA Putera Muhammad Salman TERDEDAH Buat Kuasa Besar Dunia CUAK