in

Kebakaran Tahfiz. Ibu Dedah Tindakan Anak Sebelum Pulang Ke Maahad Sangat Dirindui

Luahan Salah Seorang Ibu Kepada Mangsa Kebakaran Tahfiz.

Kebakaran Tahfiz. Ibu Dedah Tindakan Anak Sebelum Pulang Ke Maahad Sangat Dirindui | Khalifah Mail Online – Tragedi kebakaran maahad tahfiz ini sangat terkesan kepada rakyat seluruh negara. Seorang ibu mendedahkan tindakan anaknya sebelum pulang ke maahad dan dia sangat rindukan saat itu. Allahu.

IBU JADI SAYU

Tidak terbayang pilu seorang ibu, apabila anak lelakinya yang sering menjadi imam solat berjemaah pergi dahulu meninggalkannya dan lima adik-beradiknya yang lain.

Saat perkhabaran duka diterima, Laila Md Noor, hampir tidak dapat menerima kenyataan bahawa anaknya, Arwah Muhammad Hasrullah Ismail, 14, terlibat dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah semalam.

Ibu saudara mangsa, Misnun Md Noor, 58, berkata, bagi menenangkan Laila yang kehilangan anak secara tiba-tiba, wanita itu diberikan khidmat kaunseling.

“Alhamdulillah, sekarang hatinya semakin tenang dan reda menerima ketentuan Ilahi,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

SEMPAT JADI IMAM

Arwah Muhammad Hasrullah merupakan salah seorang mangsa kebakaran yang meragut 21 nyawa termasuk dua warden di pusat tahfiz berkenaan. Kata ibunya, arwah sempat menjadi imam untuk dia dan adik-adik lain sebelum pulang ke maahad.

Dan ini sangat dirindui oleh ibunya dan adik-adiknya yang lain. Allahu.

BERSERAH KEPADA ALLAH DAN NANTIKAN HASIL SIASATAN POLIS DAN BOMBA

Mengulas mengenai desas desus kemungkinan terdapat ada unsur khianat terhadap insiden itu, Misnun berkata, dia menyerahkannya kepada polis untuk menjalankan siasatan.

“Kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Kami hanya berserah pada pihak polis. Tiada siapa mahu kehilangan keluarga, tetapi kami reda dengan pemergiannya. Kali terakhir saya bertemu arwah ketika bapanya meninggal dunia dua tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, arwah anak saudaranya itu masuk ke pusat tahfiz dua tahun lalu iaitu selepas arwah bapanya meninggal.

“Sejak arwah masuk tahfiz, banyak sangat perubahan. Sikapnya lebih sopan dan sangat menghormati orang tua,” katanya.

Misnun berkata, arwah satu-satunya mangsa yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kuari, Cheras atas permintaan keluarga yang mahukan jenazahnya disemadikan berdekatan kubur arwah bapanya.

Sumber: Sinar Harian

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Tragedi Tahfiz. Luahan Isteri SEDIH Suami Maut Selepas Hanya Seminggu Berkahwin

Mufti Perlis Dedah REALITI SEBENAR Kebanyakkan Sekolah Tahfiz Di Malaysia Buat Ramai TERGAMAM