Ambil Gambar Bertiga, Sorang Akan MATI. Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus Yang MENGEJUTKAN Ramai | Khalifah Mail Online – Pernah dengar tak dulu-dulu kalau kita ambil gambar bertiga, salah seorang darinya akan mati. Rentetan itu, ramai la bila nak ambil gambar je, “Eh tak elok la ambil gambar bertiga, sorang ke tepi dulu“. Tension betul kan. Seorang lelaki berani bertanya tentang hukum atau dalil kepercayaan ini dan berikut jawapan Ustaz Azhar Idrus yang mengejutkan ramai.
LARANGAN MATI JIKA GAMBAR BERTIGA
Bahaya apabila bergambar bertiga atau dalam ayat lainnya, ada tiga orang dalam satu gambar. Kesannya membawa kepada kematian salah seorang daripada individu dalam gambar tersebut. Mati percuma hanya kerana bergambar. Mesti pernah dengar larangan ini kan?
Aku sendiri pun pernah dengar tapi tidak meyakinkan aku untuk percaya. Semakin meningkat dewasa, kekerapan mendengar larangan macam ini semakin berkurangan. Mungkin disebabkan peredaran masa yang telah sedikit sebanyak membilas pemikiran orang sekarang.
MOTIF SEBENARNYA
Apakah motif yang mengatakan tak boleh? Apa kesan buruknya? Orang dulu-dulu banyak mencipta pantang larang. Diakui, kebanyakan penciptaan pantang larang tersebut untuk tujuan kebaikan. Contohnya; kalau duduk atas bantal, nanti punggung tumbuh bisul.
Moralnya, bantal yang kita guna untuk alas kepala semasa tidur tidak sesuai untuk melapik punggung. Masuk akallah kan? Aku sendiri pun tak sanggup memunggungkan bantal aku. Tapi, kalau ada yang betul-betul dah naik bisul, dijemput kasi maklum sama saya.
JAWAPAN USTAZ AZHAR IDRUS
Rasa-rasa, ada lagi tak orang yang percaya dengan larangan bergambar bertiga ni. Kalaulah masih ada lagi golongan yang percaya, boleh cuba baca petikan jawapan Ustaz Azhar Idrus di bawah.
Banyak lagi kepercayaan berunsur karut yang orang kita dok percaya. Harapnya dapatlah bezakan yang mana untuk kebaikan dan yang mana untuk kesesatan.
Apa lagi pantang larang yang perlu dilupuskan daripada kepala otak kita? Kasi kongsi sikit…
Sumber: Kongsa Kongsi
Comments