in

Lama Berdiam Diri, Akhirnya Bos No.1 KKM Bagitau KISAH SEBENAR Buat Ramai TAK SANGKA

Jawapan Yang Jitu Dan Profesional Oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Lama Berdiam Diri, Akhirnya Bos No.1 KKM Bagitau KISAH SEBENAR Buat Ramai TAK SANGKA | Khalifah Mail Online – Mula-mula rakan mangsa bagi alasan hospital minta bayaran, lepas tu kata staf tak faham bahasa English, lepas tu bagitau respon ambulans lambat pulak. Selepas lama berdiam diri, akhirnya bos no.1 KKM bagitau kisah sebenar yang ramai tak sangka. Harapnya lepas ni tiada alasan baru lain pulak ye.

TIADA DESAKAN BAYARAN DEPOSIT OLEH PIHAK HOSPITAL

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan portal akhbar atas talian “The Independent SG” (theindependent.sg) bertarikh 31 Ogos 2017 mengenai seorang warga Singapura yang telah meninggal dunia setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Johor Bahru.

Takziah diucapkan kepada keluarga dan rakan mendiang atas pemergian beliau. Namun begitu, KKM ingin menjelaskan bahawa tiada kelewatan atau desakan bayaran pendahuluan oleh Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru bagi pesakit ini.

FAKTA SEBENAR RESPONS AMBULANS

Dalam laporan tersebut, theindependent.sg menyatakan bahawa lelaki warga Singapura yang berumur 25 tahun itu telah mengalami kecederaan kritikal akibat kemalangan jalan raya di Johor Bahru. Portal itu juga melaporkan bahawa masa respon ambulan dari HSA adalah lewat iaitu 30 minit.

Semakan rekod perkhidmatan ambulan HSA mendapati bahawa panggilan kecemasan telah dibuat pada 25 Ogos 2017, pukul 2:57 pagi. Ambulan telah dihantar daripada HSA pada pukul 2:59 pagi dan telah tiba di tempat kejadian pada pukul 3:15 pagi.

Ambulan kemudiannya telah bertolak kembali ke HSA pada pukul 3:15 pagi. Syabas diucapkan kepada perkhidmatan ambulan yang telah berjaya memberikan perkhidmatan kecemasan yang pantas, iaitu dengan masa penghantaran (despatch time) selama dua (2) minit dan masa respon selama 13 minit.

Keadaan pesakit didapati kritikal dan setibanya di Jabatan Kecemasan HSA, beliau telah dikejarkan ke Zon Merah di mana rawatan kecemasan yang telah sebelum itu dimulakan oleh petugas ambulan adalah diteruskan mengikut protokol Advanced Trauma Life Support (ATLS).

MANGSA TERUS DIRAWAT SETIBA DI HOSPITAL

Pasukan Jabatan Kecemasan yang cekap telah melaksanakan tugasan dengan professional dan pantas, termasuk menjalankan ujian yang diperlukan (Imbasan X-ray, imbasan CT otak, tengkuk dan dada), rawatan (termasuk bantuan pernafasan) dan rujukan kepada pasukan pakar yang berkaitan.

Memandangkan ini adalah kes kecemasan, rawatan dan ujian tersebut telah dijalankan tanpa memohon sebarang bayaran atau deposit terlebih dahulu. Ini adalah selaras dengan Surat Pekeliling Ketua Setiausaha KKM bertarikh 4 Mac 2015 berkaitan Garis Panduan pengurusan kutipan hasil bagi pesakit warga asing yang tidak membayar deposit semasa mendapatkan rawatan di hospital Kerajaan.

Memandangkan beliau telah mengalami kecederaan otak, pesakit telah dirujuk kepada pasukan Pembedahan Neuro di mana pembedahan kecemasan telah dirancang (decompressive craniectomy plus removal of clot and intracranial pressure monitoring), tanpa sebarang permintaan untuk bayaran deposit.

Hanya setelah keluarga pesakit tiba di HSA, mereka telah dipohon membuat bayaran deposit iaitu sama seperti protokol pengurusan kutipan hasil bagi pesakit warga asing.

KELUARGA MANGSA POHON DISCAJ WALAU TAHU RISIKO

Suka dinyatakan di sini bahawa sebarang ujian dan rawatan kecemasan yang diperlukan pesakit tidak pernah diberhentikan atau dilewatkan seperti yang dilaporkan. Malahan keluarga pesakit sendiri telah memohon untuk mendiscaj pesakit bertentangan dengan nasihat oleh pakar (discharge at own risk – AOR discharge).

Mereka berhasrat untuk dimasukkan ke sebuah hospital di Singapura, iaitu setelah memahami risiko yang terlibat dengan melengahkan pembedahan tersebut.

KKM memohon semua pihak yang terlibat untuk berhati-hati dalam membuat laporan dan mengeluarkan komen dengan penuh bertanggungjawab.

Tindakan mengeluarkan maklumat yang tidak tepat dan kenyataan yang tidak berasas boleh mengakibatkan salah faham dan boleh menggugat keharmonian.

KKM sememangnya menghargai nyawa dan berusaha sehabis baik untuk merawat sebarang pesakit tanpa mengira latar belakang mahupun status kewarganegaraan. Ini adalah selaras dengan budaya kerja dan korporat KKM iaitu “Penyayang, Profesionalisme dan Kerja Berpasukan”.

BACA : VIRAL Warga Singapura Maut Di Hospital. Ini Jawapan MENGEJUTKAN Pakar Kecemasan Malaysia Yang Buat Semua TERDIAM (LINK)

BACA : Selepas Viral Jawapan Pakar Kecemasan. Ini Pula ALASAN Rakan Mangsa Kemalangan Yang Buat Ramai GELENG KEPALA (LINK)

“Kami Sedia Membantu”

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

via : Sozcyili

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Selepas Viral Jawapan Pakar Kecemasan. Ini Pula ALASAN Rakan Mangsa Kemalangan Yang Buat Ramai GELENG KEPALA

Akhirnya Doktor Dedah Punca SEBENAR Dato Samuri Meninggal Dunia. Al Fatihah.