in

Wanita Bekerja WAJIB Baca. Kisah Ibu “PEMALAS” Yang Buat Ramai TERKEDU

Hanya Insan Yang Bergelar Isteri Dan Ibu Sahaja Yang Merasainya.

Wanita Bekerja WAJIB Baca. Kisah Ibu “PEMALAS” Yang Buat Ramai TERKEDU | Khalifah Mail Online – Ramai di kalangan wanita hari ni yang bekerja dan pada masa sama mempunyai anak dan keluarga. Hanya orang yang alami sahaja yang mengetahuinya. Ikuti luahan seorang wanita yang bernama Syuhada ni. Betul ke ?

SEORANG WANITA YANG BEKERJAYA

Salam admin, terima kasih kalau kisah aku disiarkan di confession ni. Nama aku Syuhada. Aku seorang wanita 26 tahun, seorang anak, isteri dan ibu kepada seorang bayi 8 bulan. seorang perempuan bekerja 9pg-6petang isnin-jumaat dan minggu 1/3 sabtu – 9.00pagi hingga 12.30 tengahhari.

Bedasarkan tajuk kat atas, korang pon boleh agak dah apa yang aku nak cerita kan. sebenarnya kat sini bukan nakcakap siapa yang lebih penat, letih , semua perempuan mempunyai keadaan yang sama tapi dengan masalah yang berlainan.

Meh aku cerita sikit rutin harian aku. Aku cerita kat sini bukan ape. Aku penat dengan orang sekeliling yang melebel aku pemalas. Yes PEMALAS.

Setiap pagi 6.15 aku akan bangun solat/mandi siapkan diri. kadang kadang bial tengok bakul baju, sempat laki tekan butang onn untuk basuh baju.HAHHA.

Then siapkan bekal untuk anak aku mase kat rumah pengasuh ( aku slalu bekalkan bubur, aku masakkn fresh setiap pagi, dulu aku masak malm tapi aku kesain katanak aku, makan lauk perangat jer) serta buatkan bekal untuk suami atau suami nak makan breakfast kat umah. laki aku akn bangun dlam around 6.30 selepas aku mandi.

SETIAP PAGI ADALAH “PERANG”

Around 7.30/7.45 hero aku dah bangun. so aku kene siapkan baju untuk dia pakai ke tempat asuhan. laki aku akan tolong mandikan anak sementara aku akan siapkan semua baju dan keprluan anak kat tempat pengasuh. (selalunya kalau cuti weekend ahad malam aku dah readykan) selepas anak aku mandi, aku siap pakaikan baju anak aku.

Laki aku akan makan breakfast. syukur tak perlu berhidang, kekadang cedok sendiri mee/bihun dalam kuali. Laki aku pegi kerja around 8.15-8.30 pagi. so lepas tu aku akan berperang mane nak pegang anak lagi dan letak bekal lagi. kalau dah basuh baju nak jemur lagi. tapi sepanjang ni anak aku tak pernah cranky waktu pagi. semuanya baik baik. Drive hantar anak pegi rumah pengasuh then drive pegi kerja.

HANTAR ANAK DALAM KEADAAN TERBAIK KEPADA PENGASUH

(ramai kata : ala takyah takpe mandikan anak, tukar pampers suh pengasuh mandikan. but untuk aku a big NO! sebab itu je bonding time laki aku dan aku untuk anak sebab almost all the time anak dengan pengasuh. and lagi satu aku tak suka hantar kat pengasuh keadaan anak kusut masai berairliur lagi sebab selalunya aku suka cium bau bau tu ..

HAHAHAH.sindrome mak mak kataakan, tak kan aku nak bagi kat pengasuh kan. sebenarnya aku memang dari lepas pantang 60 hari aku hantar anak aku memang mandi dan wangi. sehari pon tak pernah tak mandi walau anak aku meraung taknak mandi. aku usahakan mandi jugak, bagus untuk otak dan badan jugak kan..)

————————————————————————————————————————————
So kat tempat kerja tak perlu aku cerita. tapi in short aku kerja syarikat developer.

5.30ptg punch out

Aku akan rush balik untuk ambik anak. odway balik mase drive tengah fikir nak masak ape ye.HAHAH. then ambik anak kat pengasuh. sampai je alhamdulillah selalunya laki aku dah tolong angkat kain. oh laki aku balik awal dari aku.

So laki aku akan tolong angkat barang semua masuk dlam rumah dan bawkan anak sekali. aku akan rileks sekejap daalam 30 minit main ngan anak then aku terus masuk dapur untuk masak.

Around 7.15-8.00mlm

Aku dah siap masak. mandi solat. tapi kadang- kadang anak aku pengasuh tak sempat bagi makan kat anak aku. sbb anak aku selalu tidor petang before aku ambik .so sebelum 8 aku mesti bagi die makan.

PUKUL 10 MALAM BARU DAPAT BERTENANG “SEBENTAR”

8.30mlm-10.00mlm

Masa ni lah aku spend time masa dengan laki aku and anak aku. kekadang lipat kain sambil spend time kekadang sapu lantai. kekadang mop. kekadang pergi rumah parents untuk jenguk keadaan mereka. kekadang bersihkan dapur yang tak sempat kemas pagi tadi/yang tadi masak untuk makan malam. siapkan anak untuk tidor. tidorkan anak. bangun untuk kemaaskan baju anak kalau larat.

Sapa yang aku boleh katakan, aku sangat sangat letih penat dengan rutin harian aku. dengan sakit belakang yang talk pernah hilang selepas dari aku bersalin tapi aku syukur aku dikurnaikan Allah hadiah yang tak ternilai iaitu anak aku dan laki aku sangat sangat membanntu.

Ade masa yang aku memang terlampau penat dan banyak sangat kerja kat tempat kerja. laki aku akan belikan makanan untuk makan malm, uruskan anak dan bersihkan dapur. aku bangga punya suami yang sangat membantu.

SUAMI BANTU BUKAN SEBAB KENA QUEEN CONTROL

Tapi ape nak cakap, orang sekeliling kata laki aku takot kepada aku sebab tu die membantu? HHAHHAH. mentallity melayu. laki depa goyang kaki tengok dia buat kerja je kut.

Dekat sini, jauh di sudut hati aku, aku sedih sebab terpaksa tinggalkan anak dekat pengasuh siang hari yang patutnya aku kene ade disisi dia lihat pekembangan dia , tapi disebabkan kekangan ekonomi kami sekeluarga aku gagahkan juga.

Setiap malam tenung anak dan minta maaf kerana perlu bekerja adalah satu yang amat perit. bertuah kalau kalau ibu ibu yang bersuri rumah sepenuhnya.

Di sini aku luahkan sebagai seorang ibu. aku faham semua ibu melalui frasa ini melalui penat sakit letih dan lesu samaada suri rumah atau bekerja tapi janganlah orang sekeliling melebel kami sesuka hati

“Ada degree tapi duk rumah jaga anak”, sesungguhnya itu adalah yang terbaik.

“Bekerja tapi rumah tunggang langgag,bersepah” sesungguhnya ibu itu penat dan lelah.

Dan mulut mulut jahat yang lain. PEMALAS. RUMAH BERSEPAH. TAK HIDANG LAKI MAKAN. TAK BUATKAN AIR UNTUK SUAMI. TAK SEDIA BAJU KERJA SUAMI.kalaulah kami ade 1000 tangan untuk buat semua kerja tu.

ABAIKAN MULUT BUSUK ORANG

Duduklah di tempat kami cukup sehari nescaya kamu akan berasa juga. jangan pernah mentafsir dari luar kalau kamu sendiri tidak pernah ingin mengetahuinya. jangan pernah mencaci atau mencela jika kau tidak tahu kebenarannya. – tapi kau juga wanita yang punya suami anak serta ibu bapa, bukankah kau juga seperti kami ketika dahulu?

Semoga kita lebih kuat di hari esok, untuk ibu bapa kita untuk anak anak kita untuk suami kita untuk agama kita. dan yang terakhir sekali untuk diri kita sendiri. bangkitlah wanita bernama anak,isteri,ibu serta hamba kepada-Nya. – Syuhada

Sumber : IIUM

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Ayah TAKNAK Bagi Bayi 4 Bulan Makan Ubat. Alasannya Buat Ramai GERAM Rasa Nak LEMPANG…

24 Jam Selepas PBB Lawat Rohingya Je. Tentera Myammar Terus MENGGANAS Yang Buat Ramai Umat Islam GERAM