Ingat Lagi Wanita Ni ? Ini KOMEN Terkini Beliau Yang Buat Ramai SETUJU… | Khalifah Mail Online – Antara berita yang meletup sepanjang Sukan SEA ni bukanlah berita Malaysia banyak menang emas tetapi adalah status Twitter seorang wanita yang penuh kontroversi. Wartawan baru2 ni berjaya temui wanita itu dan ini komen terkini beliau…
AKUI KESILAPAN DAN MEMINTA MAAF
Seorang wanita yang tular susulan kenyataannya di Twitter yang sedia berbo#gel sama sekali tidak menyangka akan berdepan impak cukup besar buat dirinya.
Walaupun mengakui kesilapan dan membuat permohonan maaf tetapi timbul dakwaan pihak tertentu bahawa dia telah digantung tugas malah ada yang mendakwa dia dibuang kerja daripada sebuah stesen televisyen.
“Tak sangka ini yang jadi sebab isu bog#el. Saya tidak digantung atau dibuang kerja. Alhamdulillah, saya masih diberi peluang untuk bekerja.
“Mereka (syarikat) memahami kesilapan yang berlaku. Saya amat berterima kasih kerana terus diberi peluang dan kepercayaan,” kata Nurul Adilla Abd Rahim kepada mStar Online.
KENAL SIAPA KAWAN, SIAPA LAWAN
Insiden itu juga memberi pengajaran kepada penolong penerbit yang lebih dikenali sebagai Lala tentang erti persahabatan.
“Sekarang saya baru tahu siapa kawan, siapa lawan. Di saat saya dihimpit dengan dugaan, orang yang selama ini baik dengan saya tidak membantu, malah turut mengecam,” katanya dengan nada terkilan.
Anak sulung daripada tiga beradik ini turut tidak menyangka masih ada yang prihatin terhadap dirinya, dan paling bersyukur apabila mendapat sokongan keluarga.
Biarpun dikecam hebat, ramai yang memberi nasihat dan motivasi supaya tidak mengulangi kesilapan lalu dan lebih berhati-hati selepas ini terutama di laman sosial.
“Ada kawan yang dah lama tak berjumpa pun hubungi saya dan beri kata-kata semangat. Mereka kenal diri saya yang sebenar,” katanya.
BULI SIBER SANGAT MENAKUTKAN
Mengakui serangan buli siber merupakan sesuatu yang menakutkan, Lala bangkit semula daripada kesilapan lalu dan menjalani kehidupan seperti biasa.
“Saya akui kesilapan yang dibuat secara tidak sengaja. Semua orang pernah melakukan kesilapan dan diberi peluang kedua.
“Alhamdulillah, sekarang dah kembali reda cuma saya perlu memperjelaskan tentang dakwaan membabitkan kerjaya saya,” katanya.
Pada minggu lalu, Lala yang baru berusia 23 tahun menjadi perhatian ramai selepas kenyataannya di Twitter bahawa dia mahu berbo#gel tular di media sosial.
“Aku rasa team Polo Malaysia menang, sebab diorang memang terer. Malaysia menang aku bo#gel!,” katanya di laman sosial.
Keputusan acara polo ekuestrian Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017) pada Selasa berpihak kepada Malaysia yang berjaya menewaskan Brunei 12-4.
Lala telah membuat permohonan maaf berhubung kesilapan itu dan menjelaskan bahawa ia dibuat secara bergurau tanpa berniat untuk melakukannya.
Sumber: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB DARI MSTAR
Comments