in

Ketika Nazak Muka Lelaki Jadi HITAM Walaupun Telah BERTAUBAT. Rupanya Ada “SESUATU” Yang Dirahsiakannya

Taubat ke TAU BUAT. Jangan Persendakan Allah. Semoga Kisah Ini Jadi Iktibar.

Ketika Nazak Muka Lelaki Jadi HITAM Walaupun Telah BERTAUBAT. Rupanya Ada “SESUATU” Yang DirahsiakannyaKhalifah Mail Online – Manusia yang menyedari kesilapan dan dosa yang telah dilakukan hendaklah segera bertaubat kepada Allah. Namun, setelah bertaubat haruslah meninggalkan segal perkara buruk dan dosa-dosa yang pernah dilakukan.

CERITA DARIPADA SEORANG USTAZ

Cerita ini berlaku di sebuah jazirah Arab satu masa dahulu. Manshour bin Ammar bercerita:

“Dahulu ada seorang kawanku dia selalu membuat maksiat, kemudian dia bertaubat. Aku selalu melihat dia melakukan ibadah dan solat tahajjud di masjid. Namun, aku hairan apabila tidak melihatnya beberapa hari. Jemaah yang lain memberitahu bahawa dia sedang sakit. Aku pun pergi ke rumahnya. Seorang puterinya keluar dan bertanya:

“Encik hendak berjumpa dengan siapa?”.

Aku menjawab: “Ayah kamu”. Maka dia pun mengizinkan aku masuk.

Aku masuk ke dalam rumahnya dan mendapati ayahnya berada di ruang tengah rumah dalam keadaan terbaring di atas tilam lusuh. Wajahnya nampak hitam, kedua matanya menngalirkan air mata, dan bibirnya nampak tebal dan membiru.

Dalam keadaan bimbang, aku berkata:

LIDAH MENJADI KELU UNTUK MENGUCAP

“Wahai saudaraku, banyakkanlah mengucapkan kalimah laa ilaaha illallaah!”. Dia pun membuka kedua matanya, lalu memandang aku, kemudian dia pengsan lagi. Aku pun berkata lagi kepadanya: “Wahai saudaraku, perbanyakkanlah mengucapkan kalimah laa ilaaha illallaah!”. Kemudian aku berkata lagi untuk yang kali yang ketiga.

Dia membuka kedua matanya, dan berkata: “Wahai saudaraku, Manshour! Sungguh kalimah ini telah tertutup antara diriku dengannya”.

Aku pun berkata: “Laa haula walaa quwwata ilia billahil ‘aliyyil ‘azhiim (Tiada daya dan kekuatan selain milik Allah yang Maha Tinggi lagi Mulia). Wahai saudaraku, di manakah solat, puasa, dan tahajjud yang sering kamu lakukan itu?”.

Dia menjawab: “Aku melakukan semua itu bukan atas niat kerana Allah. Taubatku adalah bohong semata. Aku melakukan semua itu supaya aku dikenali orang ramai sebagai ahli ibadah. Sungguh aku terlalu riya’ (beribadah cuma ingin dilihat oleh orang lain).

Ketika aku bersendirian, aku mengunci pintu bilik dan tidak peduli lagi dengan rasa malu, lalu aku meneguk minum-minuman keras. Aku melakukan maksiat kepada Tuhanku. Aku lakukan semua itu hingga akhirnya aku menderita sakit dan dekat dengan kematian.

Aku berkata kepada puteriku ini: ‘Ambilkanlah aku mushaf AI-Quran, Aku pun lantas berkata dalam hati: ‘Ya Allah, aku bersumpah demi kalimah agung-Mu yang terkandung dalam kitab suci AI-Quran ini, jika Engkau memberiku kesembuhan maka selamanya aku tidak akan kembali lagi kepada perbuatan dosa’. Allah pun menyembuhkan penyakitku.

Namun setelah sembuh dari penyakit, aku kembali melakukan perbuatan-perbuatan dosa yang selalu aku lakukan sebelumnya. Aku mengikut hawa nafsu dan menikmati kenikmatan yang haram. Syaitan benar-benar telah membuatku lupa akan janjiku kepada Allah. Aku melakukan perkara sehingga akhirnya aku jatuh sakit lagi sekali dan aku merasa sudah dekat dengan kematian.

Aku pun meminta kepada ahli keluargaku untuk memindahkanku ke ruangan tengah rumahku. Aku meminta diambilkan mushaf Al-Quran, lalu aku membacanya. Selanjutnya aku mengangkat mushaf tersebut dan berkata: ‘Ya Allah, demi kehormatan kalimah-kalimahMu yang tertulis dalam mushaf yang mulia ini, aku mengharapkan kesembuhan oleh-Mu’.

Allah pun mengabulkan permintaanku dengan menyembuhkan penyakitku. Namun, kemudian aku kembali lagi melakukan kemaksiatan sebagaimana sebelumnya. Aku pun kembali sakit lagi.

TAUBAT BUKAN PERKARA MAINAN

Aku menyuruh keluargaku untuk memindahkanku lagi ke ruangan tengah rumahku seperti yang engkau lihat sekarang ini, lalu aku minta diambilkan mushaf Al-Quran untuk aku baca. Namun ternyata satu huruf pun dari Al Quran tersebut tidak dapat dilihat oleh mataku. Aku tersedar bahawa Allah Ta’ala telah marah kepadaku. Aku pun mendongak wajahku ke langit seraya berkata: ‘Ya Allah, Penguasa langit dan bumi, sembuhkanlah Aku!’. Tiba-tiba aku seakan mendengar suara berbicara:


Sungguh engkau bertaubat dari dosa-dosamu, jika
engkau ditimpa sakit
Lalu engkau kembali kepada perbuatan dosa, setelah sembuh
Seberapa banyak kesulitan, Dia menyelamatkanmu darinya
Dan seberapa sering musibah, Dia melepaskannya darimu
Lalu mengapa engkau menakuti kematianmu?
Padahal engkau telah berlaku licik kepada-Nya

Manshour bin Ammar berkata: “Demi Allah, tidaklah aku keluar dari rurnahnya melainkan aku telah memperoleh beberapa ‘ibrah (pelajaran). Belum sempat aku sampai di pintu rumahku, tiba-tiba ada yang memberitahuku bahwa kawanku itu telah meninggal dunia”.

Sumber : KisahIslam

Loading...

Comments

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Jemaah Haji Berasa Seolah Bawa Bas Ketika TAWAF. Seperti Bergurau, Tapi Rupanya Bila Balik Malaysia Je…

Rakan Terkejut Video Luc@h DIHANTAR DARI KUBUR. Rupanya Semasa Hidup Ini Yang Berlaku…