in

Tuduh Poligami Dalam Islam Itu KEJAM. Ini Jawapan Dr Zakir Naik Yang Buat Wanita Tu TERDUDUK

Subhanallah. Semoga Allah Panjangkan Umur Dr Zakir Naik

Tuduh Poligami Dalam Islam Itu KEJAM. Ini Jawapan Dr Zakir Naik Yang Buat Wanita Tu TERDUDUK | Khalifah Mail Online – Seorang wanita dengan berani telah bertanya kepada Dr Zakir Naik tentang poligami dalam Islam yang pada pendapatnya sangat kejam dan bagi bayangan yang lelaki Islam ni seorang yang tak bermoral. Dr Zakir Naik dengan tenang memberi jawapan yang buat wanita tu terus terduduk. Ada video.

SOALAN SEORANG GURU WANITA

Elyana, merupakan seorang guru yang bukan beragama Islam. Dia dengan berani telah tampil memberi soalan kepada Dr Zakir Naik yang ringkasnya bertanyakan lelaki Islam tu tidak bermoral dan sangat gila s3ks kerana poligami.

Benarkah poligami itu ajaran dalam Islam ? Jika Islam agama yang benar, tentu sahaja hanya seorang isteri je bagi setiap lelaki islam.

JAWAPAN DR ZAKIR NAIK

Saudari ini bertanyakan soalan yang bagus, suatu persoalan universal yang sangat bernilai. Untuk makluman saudari, hanya satu sahaja kitab agama dalam dunia ini yang mengatakan, “nikahilah cuma satu sahaja” dan ianya adalah Kitab Al Quran. Jika saudari membaca Injil, Ramayana, Mahabharata, atau Veda tidak akan berjumpa ungkapan seperti ini.

Bila kalian baca Kitab Hindu, Ramayana, Sri Rama ialah Raja Dasarata yang mempunyai isteri lebih dari satu. Bila kalian baca Mahabharata, Sri Krishna mempunyai 16 108 isteri.

Bila kalian baca Injil, Solomon mempunyai 700 isteri dan juga Ibrahim mempunyai 3 isetri. Bagi Judaisme (Yahudi) dan juga Kristian, seseorang lelaki boleh mempunyai banyak isteri tanpa batas; 4, 5, 10, terlebih lagi 1000.

Dalam konteks ini, Islam telah menetapkan batas. Dalam Al Quran :

فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً

Nikahilah wanita – wanita yang kalian senangi; 2, 3 ataupun 4. Bila kalian tidak dapat berlaku adil, nikahilah satu orang aja (Surah An nisa’: 3)

Bagi Hindu, Judaisme dan juga Kristian, tidak terdapat batas jumlah perempuan yang dinikahi. Sebaliknya dalam Islam dibatasi dengan maksimum 4 orang sahaja, dan itu pun bila hanya dapat berlaku adil. Bila tidak dapat berlaku adil, layak nikahi seorang sahaja.

Jadi dalam islam, kalian cuma boleh menikahi satu orang bila tidak dapat berlaku adil. Bila dapat berlaku adil, Maksimum adalah 4 orang siteri.

وَلَنْ تَسْتَطِيعُوا أَنْ تَعْدِلُوا بَيْنَ النِّسَاءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ فَلَا تَمِيلُوا كُلَّ الْمَيْلِ

Dan juga kalian sekali – kali tidak hendak mampu berlaku adil di antara isteri – isteri (mu) , meski kalian amat mau berbuat demikian, kerana itu janganlah kalian sangat condong (kepada yang kalian cintai) (Surah An nisa’: 129)

Ramai orang salah faham tentang penyataan Islam mengharuskan lelaki Islam untuk mendapatkan 4 orang isteri. TIDAK. Seorang lelaki Islam tidak harus nikahi 4 orang wanita. Ini hanya pilihan, bukan kewajipan.

Bila seorang lelaki Islam mempunyai 4 isteri dan juga tidak dapat berlaku adil, kalian akan bermasalah, bukan sahaja di dunia tetapi yang paling utama di akhirat.

KENAPA ISLAM BOLEHKAN POLIGAMI ?

Kelahiran lelaki dan perempuan di dunia adalah dalam peratusan yang berbeza. Statistik menunjukkan bilangan wanita adalah lebih ramai berbanding lelaki. Dan kaum perempuan lebih kuat dan panjang umur berbanding lelaki dari segi daya ketahanan melawan penyakit dan bakteria.

Selain daripada itu, akibat rokok, penyakit, musibah dan peperangan, bilangan wanita menjadi lebih ramai.

Statistik di New York menunjukkan bilangan wanita melebihi bilangan lelaki sebanyak lebih dari 1 juta. Dan ratio penduduk lelaki dan wanita pun sangat jauh berbeza di Amerika Syarikat. Bilangan wanita melebih lelaki sebanyak 8 juta orang.

Bukan sahaja di Amerika syarikat, di Jerman pula, bilangan wanita melebihi bilangan lelaki sebanyak lebih 5 juta orang; di England pula, bilangan wnaita melebihi bilangan lelaki sebanyak lebih 4 juta orang; di Rusia pula, bilangan wanita lebih ramai sebanyak 9 juta orang.

Jika seorang lelaki wajib menikahi seorang wanita sahaja, apa yang akan jadi di negara-negara tersebut ? Siapa yang akan menjaga mereka ini ?

Maka terjadilah gejala sosial di mana kadar ikatan luar nikah di Amerika Syarikat semakin tinggi. Bukan sahaja di Amerika Syarikat tetapi di seluruh dunia. Banyak ibu-ibu tunggal kerana lelaki tidak diberi hak secara rasmi untuk berkahwin lebih dari satu.

Jika menikahi isteri kedua adalah rasmi dan dibolehkan, seorang perempuan akan sentiasa terhormat, mendapat hak dan terjaga dari ikatan perkahwinan yang sah. Jadinya Islam telah pun menyediakan peluang seperti ini.

Tetapi perlu diingat, pernikahan isteri nombor 2 hingga ke 4 ini hendaklah atas dasar kerana Allah dan keadilan, dan bukan hanya sekadar atas dasar nafsu semata-mata. Waallahualam.

VIDEO DR ZAKIR NAIK

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Ahli Bina Badan Popular Ni Teruja Buat BACK FLIP Tapi Akhirnya…… MENGEJUTKAN

Gadis Comot VIRAL Angkat Simen. Wartawan Dedah Identiti Sebenarnya Yang Amat MENGEJUTKAN