in

ALLAHUAKBAR. Pengunjung Nampak “SESUATU” Kat Hidung Penyu Ni. Apa Yang Dijumpai Amat MENGEJUTKAN

Tengok Saja Bulan Puasa Lepas, Berapa Banyak Makanan Yang Dibazirkan. Jom Kita Mohon Ampun Dari Allah.

ALLAHUAKBAR. Pengunjung Nampak “SESUATU” Kat Hidung Penyu Ni. Apa Yang Dijumpai Amat MENGEJUTKAN Khalifah Mail Online – Malaysia sedang menuju ke arah Wawasan 2020 tak lama lagi. Namun masalah etika penduduk Malaysia dengan sampah masih juga belum berubah. Sama-sama renungkan ye..

2050, IKAN TIADA, YANG ADA HANYA SAMPAH

“Akan lebih banyak sisa plastik di dalam laut berbanding ikan pada tahun 2050”.

Mendengarkan ungkapan ini pasti membuatkan kita ngeri memikirkan nasib perkhidmatan kepelbagaian bio dan ekosistem pada masa hadapan.

Amaran oleh Ellen MacArthur, seorang pelayar berpengalaman baru-baru ini, sebenarnya bukan sesuatu yang mustahil jika tiada langkah proaktif dilakukan bagi membersihkan sisa plastik di laut.

Laporan oleh Yayasan MacArthur yang dilancarkan Semasa Forum Ekonomi dunia pada Januari lepas mendedahkan kira-kira lapan tan metrik plastik masuk ke laut (bersamaan dengan pembuangan sebanyak satu lori sampah setiap minit ke dalam laut) setiap tahun.

Bahkan jika dilihat rekod pengeluaran plastik, jumlahnya meningkat 10 kali ganda sejak 1964, dan mencecah sebanyak 311 tan metrik pada 2014. Angka ini pula dijangka berganda dalam tempoh 20 tahun akan datang dan hampir empat kali ganda menjelang tahun 2050.

Walaupun permintaan plastik didapati semakin meningkat saban tahun, namun hanya lima peratus yang dikitar semula dengan berkesan. Sebanyak 40 peratus berakhir di tapak pelupusan dan satu pertiga lagi di dalam ekosistem laut.

Persoalannya, apa akan terjadi kepada perkhidmatan kepelbagaian bio dan ekosistem sekiranya situasi ini terus berlanjutan?

Kecuaian dan sikap tidak beretika segelintir daripada kita yang membuang sisa plastik dengan sewenang-wenangnya boleh memberi kemusnahan yang teruk ke atas keseluruhan ekosistem laut, terutamanya apabila plastik yang dibuang bertindak balas dengan laut yang panas pada siang hari sehingga menyebabkan berlakunya pembebasan bahan kimia yang boleh dicernakan oleh ikan dan hidupan laut lain, seterusnya berakhir dalam rantaian makanan manusia. Ini secara tidak langsung pastinya akan memberi kesan negatif pula ke atas kesihatan manusia.

Selain kesan bahan kimia berbahaya yang dibebaskan, pembuangan sisa plastik ke dalam ekosistem laut juga boleh mengundang berlakunya kematian ke atas kepelbagaian spesies hidupan laut kerana memakan bahan-bahan berkenaan. Hal ini dibuktikan dengan jelas apabila setiap kali berlakunya kematian ke atas sesuatu hidupan laut, antara benda yang selalu dijumpai dalam perut haiwan berkenaan adalah plastik.

Isu pembuangan sisa plastik ke dalam ekosistem serta kadar kitar semula yang rendah bukan sahaja memberi kesan secara langsung ke atas perkhidmatan kepelbagaian bio dan ekosistem, bahkan juga turut memberi kesan ke atas sektor tenaga kerana produk-produk plastik yang baharu memerlukan lebih banyak sumber tenaga untuk dihasilkan. Ini sekali gus menyebabkan langkah penjimatan tenaga sukar untuk dilakukan dengan lebih berkesan yang akhirnya turut memberi kesan ke atas kelangsungan perkhidmatan kepelbagaian bio dan ekosistem.

KESAN KE ATAS EKO SISTEM BUMI

Pembuangan sisa plastik secara berleluasa ke dalam ekosistem bukan satu-satunya punca berlakunya ancaman ke atas perkhidmatan kepelbagaian bio dan ekosistem pada hari ini. Sebaliknya, terdapat faktor lain yang turut menyumbang berlakunya ancaman yang kian meruncing ke atas perkhidmatan sumber-sumber berkenaan.

Salah satu daripadanya adalah kerana ia bukan sahaja memberi perkhidmatan dari sudut bekalan makanan, tetapi juga sumber utama untuk manusia mendapatkan perlindungan habitat serta menikmati udara yang segar dan sumber air yang bersih. Justeru, interaksi yang berterusan dalam membekalkan keperluan asas kepada kehidupan manusia secara tidak langsung mendedahkan sumber-sumber berkenaan kepada ancaman jika tidak dituai secara bijaksana dan berhemah.

Perkhidmatan kepelbagaian bio dan ekosistem aspek penting kepada kehidupan manusia yang perlu dijaga. Tanpa kewujudan manusia, kepelbagaian hidupan di atas muka bumi seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan masih mampu meneruskan kehidupan mereka seperti biasa. Sedangkan, manusia pula pasti tidak akan mampu meneruskan hidup di atas muka bumi tanpa kehadiran hidupan lain seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan.

Namun malangnya, tahap kesedaran mengenai peri pen­tingnya perkhidmatan kepelbagaian bio dan ekosistem dalam kalangan masyarakat masih lagi kurang.

Buktinya, kejadian jerebu yang melanda sebahagian rantau Asia Tenggara baru-baru ini petunjuk jelas bahawa berlakunya kepincangan dalam perkhidmatan ekosistem akibat daripada kebakaran hutan, selain kemusnahan ekosistem yang teruk akibat banjir besar yang melanda negara pada penghujung tahun 2014 yang lalu sebahagiannya berpunca daripada pembukaan hutan tanpa kawalan.

Malah, satu kajian bersepadu juga mendapati bahawa kira-kira 60 peratus perkhidmatan kepelbagaian bio dan ekosistem pada ketika ini mengalami kemerosotan untuk terus menghasilkan bekalan makanan yang mencukupi bagi menampung keperluan populasi dunia yang kian meningkat.

Kepincangan perkhidmatan ekosistem juga dapat dilihat dengan jelas apabila paya bakau yang sepatutnya menjadi benteng semula jadi terhadap bencana alam seperti tsunami, dan terumbu karang yang memainkan peranan penting dalam melindungi pesisiran pantai daripada ombak kuat kini semakin menyusut dan diancam kepupusan.

Sampai bilakah kita harus membiarkan perkhidmatan kepelbagaian bio dan ekosistem kita terus terancam ekoran sikap kurang peduli dan prihatin kita untuk menggembleng usaha bagi mengatasinya sehingga ke akar umbi?

Tepuk dada, tanya selera! Hanya kita yang mampu mengubah masa depan kepelbagaian bio dan ekosistem kita ke arah yang lebih baik agar keseimbangan planet bumi dapat dikekalkan dan menjadi tempat yang selamat serta sejahtera kepada semua penghuninya.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui” (Surah al-Anfaal, ayat 53).

“SESUATU” TERSANGKUT DI HIDUNG PENYU !

Contoh video yang admin selitkan di sini ialah video yang menunjukkan seekor penyu yang mengerang kesakitan akibat “sesuatu” yang tersangkut di hidung nya. Bila buang keluarnya, hasilnya amat mengejutkan. Ia adalah straw yang mungkin telah berpeluh tahun tersangkut di hidung penyu tersebut. Cuba anda bayang kan jika straw tersebut berada dalam hidung anda selama bertahun-tahun. Apa agaknya akan berlaku ya? Bernanah? MasyaAllah kesian betul dengan hidupan laut ini. Mangsa keadaan akibat kelalaian manusia.

Tengok lah rupa straw yang dikeluarkan ni. Mesti dah bersalut dengan daging penyu tadi kan. Astaghfirullahalazim.

LIHAT VIDEO DI BAWAH

Sumber : Utusan

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Ayah Kerja DRIVER LORI, Tapi Tak Sangka Hanya Dengan Amalkan SATU SURAH Tu Rezeki Jadi Murah

Bangun Tidur, “SESUATU” Berlaku Buat Aku Terus MELONCAT. Tak Sangka Selepas 17 Tahun Akhirnya Aku…