in

Pasangan UK DISERANG 3 Lelaki MABUK. Tindakan Lelaki Muslim Ni Amat MENGEJUTKAN

Tunjukkan Akhlak Islam Di Mana Sahaja Kita Berada InsyaAllah

Pasangan UK DISERANG 3 Lelaki MABUK. Tindakan Lelaki Muslim Ni Amat MENGEJUTKAN | Khalifah Mail Online – Pasangan lelaki perempuan orang awam di UK menjadi trauma apabila diganggu oleh 3 lelaki mabuk di Liverpool. Melihatkan situasi itu, seorang lelaki Islam bertindak melakukan sesuatu. Subhanallah. Boleh baca seterusnya kisah itu di bawah.

3 LELAKI MABUK YANG MENCURIGAKAN

Edris Nosrati, seorang lelaki muslim berusia 35 tahun meletakkan dirinya dalam keadaan membahayakan apabila dia cuba menghentikan tiga lelaki mabuk yang mencurigakan dari menyerang orang awam.

Edris dalam perjalanan pulang selepas semalaman keluar dengan rakan-rakannya di Liverpool ketika dia menyaksikan tiga lelaki menyerang seorang lelaki yang bersama teman wanitanya.

Terkejut dengan kejadian itu, dia berhadapan dengan tiga lelaki itu dan dia diberitahu “ia bukan urusan kamu”.

Edris mengikuti mereka dari jauh sambil menghubungi polis, sambil menyaksikan mereka menumbuk seorang lelaki lain di muka sementara salah seorang daripada mereka merakamkannya menggunakan telefon bimbit.

Polis dapat menghentikan sekumpulan lelaki tersebut daripada melakukan serangan ke atas mangsa ketujuh mereka.

BERTARUH NYAWA AMBIL BAHAN BUKTI

Selain itu, sebagai tambahan untuk mendapatkan bukti kukuh, Edris juga membantu polis mendapatkan bukti penting yang dirakamkan dalam telefon salah seorang daripada tiga penyerang dengan merampas telefon itu sebelum video dipadamkan.

“Dia menumbuk saya di muka tetapi akhirnya saya dapat memegang kemas kepalanya dan menjatuhkannya di atas lantai. Akhirnya saya mendapatkan telefon mudah alihnya dan memberikannya kepada polis,” kata Edris.

Dia gembira kerana lelaki itu dibawa ke pengadilan. Dia berkata, “Tidak kira jika anda Muslim, Yahudi, Kristian atau apa sahaja – orang yang jahat adalah orang yang jahat.”

Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa di antara kamu melihat perbuatan jahat, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya [dengan mengambil tindakan]; Jika dia tidak dapat, maka dengan lidahnya [dengan nasihat]; Dan jika dia tidak dapat, maka dengan hatinya [dengan membencinya dan merasa bahawa itu adalah salah] – dan itu adalah selemah-lemah iman “(Diriwayatkan oleh Muslim).

Sumber : Laicikang

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Ada “SESUATU” Yang Tak Kena. Apa Yang Ditemui Dalam Bilik Rokok Airport ni Sangat MENGEJUTKAN

5 Minuman Yang Boleh Redakan SAKIT KEPALA Tanpa Ubat. No. #4 Paling TAK SANGKA