“Kami Tak Nak Sokong Al Aqsa”. Jawapan MENGEJUTKAN Pengacara Ni Buat Pemanggil TERKEDU | Khalifah Mail Online – Macam-macam hal dunia Islam ni. Ada seorang pemanggil dari Arab Saudi menyatakan secara live tak nak sokong Palestin dan Masjid Al Aqsa kerana adanya Hamas dan Qatar. Pengacara tu terus bagi ceramah FREE yang amat mengejutkan penonton semua. Jom baca dan kongsikan.
PEMANGGIL DARI SAUDI ON AIR
Seorang pemanggil dari Arab Saudi di saluran Al-Hiwar, saluran bahasa Arab di London, telah menyebabkan kemarahan ramai selepas mengatakan secara langsung (Live) bahawa Saudi tidak akan menyokong Al-Aqsa kerana Qatar dan Hamas.
Dia berkata seolah-olah selagi Al-Aqsa dihubungkan dengan Qatar dan Hamas, Saudi tidak akan membantu Arab Jerusalem dalam perjuangan untuk Al-Aqsa.
Pengacara TV Al-Hiwar berkata, “Hari ini al-Aqsa memanggil kamu untuk menyokongnya, adakah kamu akan keluar untuk menyokongnya atau ianya sukar untuk kamu?”
Jawab pemanggil tersebut, “Demi Allah jika Liga Arab memanggil kami, kami akan keluar tapi ia adalah Hamas dan Qatar yang memanggil kami! Dan mereka tahu situasi dengan Qatar dan keganasan, selepas itu mereka memanggil orang untuk bertindak? Bagaimana begitu wahai Saleh..?”
PENGACARA MENCELAH
Pengacara itu mencelah dengan berkata, “Wahai Khalid, percaya aku bahawa aku akan memberi kamu (peluang) untuk menghabiskannya tapi biar aku beritahu kamu sesuatu.
“Lihatlah diri kamu dalam cermin. Atau apabila kamu sujud dalam Makkah kamu akan lihat keadaan diri kamu dengan baik.
“Al-Aqsa bukan mewaklili Hamas mahupun Qatar atau orang lain. Al-Aqsa adalah untuk kamu dan semua Ummah ini yang mengikuti kamu.
“Orang yang berbuat baik tidak akan menghiraukan siapa yang memanggil dia dan siapa yang tidak memanggil dia. Al-Aqsa sedang menunggu sokongan kamu.
“Pasukan pendudukan Israel telah meletakkan tali di leher Al-Aqsa. Aku menggambarkan perkara yang aku lihat sekarang. Jadi sama ada kamu menyokong Al-Aqsa atau kamu boleh menjadi antara mereka yang tinggal di belakang, ia adalah pilihan kamu wahai rakyat Arab Saudi.
“Jadi apa yang kamu fikir? Dan tolonglah, lupakan tentang Hamas dan Qatar. Semua ini (isu tidak bermanfaat) adalah sangat tidak berguna. Al-Aqsa adalah untuk kamu, pergilah!”
Pemanggil itu menjawab dengan berkata, “Kami tidak akan menyokong Al-Aqsa! Kami tidak akan menyokong Al-Aqsa..”
NASIHAT AKHIR PENGACARA YANG BUAT PEMANGGIL TERKEDU
Tanpa pemanggil itu sempat menghabiskan ayatnya, pengacara itu terus menjawab dan ini amat mengejutkan sekali, “Dan Al-Aqsa tidak memerlukan sokongan orang seperti kamu – Biar aku memberitahu kamu secara langsung ini! Kamu tidak akan menyokong Al-Aqsa? Demi Allah Al-Aqsa tidak memerlukan jenis penghinaan dan pengecut seperti ini.
“Itulah yang telah memenuhi minda dan hati sesetengah manusia. ‘Kami tidak akan menyokong Al-Aqsa’ – berseronoklah kamu wahai kekasihku, pergilah tidur.”
VIDEO PEMANGGIL SAUDI KENA CERAMAH ON AIR
Pemanggil itu terus terdiam lama dan akhirnya mematikan perbualan live on air itu. Nauzubillah min zalik. Semoga Allah pelihara kita semua dari sikap sombong dan angkuh seperti yang ditunjukkan oleh pemanggil itu. KONGSIKAN. Tekan SHARE.
Sumber: Laicikang
Comments