Ribut Kuat Buat Sebuah Gunung BERGOYANG. Apa Jadi Lepas 24 Jam Amat MENGEJUTKAN | Khalifah Mail Online – Ribut kuat memang biasa berlaku di Asia, tetapi yang peliknya adalah ribut kuat yang tak henti-henti. Yang ni Khalifah Mail Online rasa memang sangat jarang berlaku. Tapi bila berlaku je sesuatu yang mengejutkan pun berlaku. Boleh baca selanjutnya di bawah ini.
GUNUNG TIBA-TIBA RUNTUH SEPERTI POKOK TUMBANG
Bencana mengerikan dan sangat jarang telah berlaku di China, setelah hujan yang kerap dan ribut kuat di Selatan China yang telah mengakibatkan kejadian banjir dan tanah runtuh yang meluas.
Tetapi di Kampung Wanlan, Wilayah Guizhou di barat daya China, bukan bencana tanah runtuh yang berlaku , tapi sebuah gunung tiba-tiba runtuh seperti pohon yang ditebang. Ya, gunung runtuh ! Selepas 24 jam hujan tanpa henti dan ribut yang kuat melanda, sebuah gunung akhirnya tidak dapat bertahan lalu terus runtuh. Subhanallah.
Kejadian ini sempat dirakamkan video oleh orang yang menyaksikan bencana tersebut secara langsung. Dalam video berdurasi 45 saat itu menunjukkan saat-saat gunung runtuh di pada 10 Julai lalu.
JERITAN MANGSA SANGAT MEMILUKAN
Beberapa orang terdengar menjerit ketika gunung itu perlahan-lahan mula goyah sebelum akhirnya runtuh dan jatuh ke bawah. Menurut pegawai tempatan seperti dikutip dari Daily Mail, gunung itu menjadi rapuh setelah dijatuhi hujan lebat dalam beberapa minggu terakhir sebelum kejadian itu.
Nasib baik 10 keluarga yang bermukim di bawah kaki gunung itu sudah dipindahkan tiga hari sebelum ini oleh pihak berkuasa.
RAKAMAN VIDEO DETIK GUNUNG RUNTUH :
Sumber : Laicikang
Pingback:Ngeri Gunung Tumbang Kerana Ditolak Angin Kencang