Bekas Makwe Bercerai. Tindakan PELIK Isteri Buat Suami Jadi SERBA SALAH | Khalifah Mail Online – Mohon hide profile aku ni ya admin. Sebelum aku cerita perangai pelik isteri aku ni, aku nak introduce secara ringkas kisah silam aku. Dulu waktu kat universiti, sebab aku ni hensem dan tampak alim-alim kucing, bila aku ayat je wanita yang aku minat insyaAllah akan jadi couple.
Walau demikian, ada 2 orang wanita je yang aku couple pada masa yang sama. Dua-dua sangat cantik. Putih. Dan mereka pun tak kenal antara satu sama lain. Dan mereka pun tak tahu aku bercinta dengan dua orang wanita. Sebab sorang tu long distance, yang sorang tu sama universiti. Dipendekkan cerita, untuk bernikah waktu tu, aku kena pilih salah seorang dari mereka dan akhirnya aku pilih makwe aku yang long distance ni dan dia adalah isteri aku sekarang la.
Apa jadi kat makwe yang aku reject tu ? Tak lama lepas kami berkahwin, dia pun berkahwin dengan lelaki pilihan dia. Ye lah muka cantik, senang je la nak cari pengganti kan. Aku tak menyesal pun. Sebab isteri yang aku kahwin ni pun cantik juga. Al kisah, lepas kahwin, isteri aku ni terjumpa la chat history aku ngan makwe sorang tu. Adoii.
Perang besar jugak la. Dan nak dijadikan cerita, isteri aku kenal pulak makwe sorang tu. Pernah satu sekolah waktu sekolah menengah dulu. Kami masih waras. Let past to be past. Aku minta maaf dan diberi peluang kedua. Hari berganti minggu berganti bulan berganti tahun. Kami hidup bahagia dan kini dah ada 3 orang anak pun.
Satu hari, isteri tiba-tiba tanya aku, “Abang ingat lagi dak Aida?”
Ah pulak. Kenapa tiba-tiba dia sebut nama makwe lama aku tu pulak. Memang aku dah takde apa-apa perasaan lagi pun kat dia. Pastu dengan cool aku jawab la, “Aida mana ye”.. Isteri menambah, “Aik, kekasih lama pun takkan lupa”. Aku pun, “Oo Aida. Ingat2. Kenapa dengan dia?” .. Isteri jawab, “Aida dah bercerai dengan suami dia. Dah lama gak dia cerai, cuma baru je tau tadi sebab ternampak status dia kat Facebook”
Aku pun, “Ooo dah takde jodoh la tu” .. Pastu isteri mula tanya, “Abang agak kenapa mereka bercerai ye, siapa salah, Aida ke suami dia. Siapa yang curang?” Sebelum jawab, untuk pengetahuan korang, soalan wanita terutama isteri ni sangat bahaya, kalau salah jawab memang tidur luar rumah la hasilnya. Hanya insan bernama suami je akan setuju kata-kata aku ni hahaha. So aku pun berhati-hati dengan jawab secara general. “Susah nak kata siapa salah, sebab kita bukan tau kisah sebenar mereka”
Isteri pun mendesak soalan yang sama. Pelik betul perangai dia ni. Dan jawapan sama aku berikan tetap sama iaitu tidak memihak kat sapa-sapa. Kenapa aku kata kat tajuk aku jadi serba salah kan. Sebab dah 2 tahun berlalu peristiwa wife aku bagitau update tentang Aida yang dah bercerai tu, tapi sehingga hari ni, tengah aku jemur baju, tiba-tiba wife datang tanya soalan tu. Tengah nak suap nasi, tiba-tiba soalan sama juga yang ditanya. Korang rasa apa sebenarnya motif isteri aku ni ye. Sila komen kalau korang ada solusi kepada problem aku ni. Huhuhu. Khalifah Mail Online
Comments