in

Pemilihan PKR. Ini Kata Dua KJ Terhadap Rafizi Buat Ramai KAGUM

Semoga Yang Terbaik Akan Memimpin Parti PKR Paling Popular Di Malaysia Ini. InsyaAllah Amin.

khairy rafizi 2019

Pemilihan PKR. Ini Kata Dua KJ Terhadap Rafizi Buat Ramai KAGUM | Pemilihan pucuk pimpinan PKR dilihat antara “terpanas” dalam sejarah. Antara bertanding adalah Rafizi. Dan mengejutkan, ini kata dua KJ terhadap Rafizi buat ramai kagum tak sangka. Allahu.

KJ – JANGAN KALAH MACAM SAYA

Walaupun berbeza parti, anggota parlimen Rembau Khairy Jamaluddin tampil mengucapkan selamat berjaya kepada musuh politiknya daripada PKR Rafizi Ramli.

Mengulas pemilihan PKR bulan depan, Rafizi berharap Rafizi berjaya merebut kerusi timbalan presiden, yang kini disandangoleh menteri ekonomi Datuk Seri Azmin Ali.

“Selamat maju jaya, @rafiziramli (Rafizi).

“Harap keputusan kamu berbeza dengan saya,” katanya yang tewas dalam pertandingan tiga penjuru bagi jawatan presiden Umno baru-baru ini.

Dalam pemilihan Umno bulan lalu, Khairy yang mengosongkan kerusi ketua Pemuda, tewas di tangan timbalan presiden Datuk Seri Zahid Hamidi.

Khairy bagaimanapun berada di kedudukan kedua meninggalkan seorang lagi calon Tengku Razaleigh Hamzah, anggota parlimen Guan Musang dan veteran Umno.

Jika Azmin mempertahankan jawatan itu, ia pasti menyaksikan pertembungan antara dua kem yang sudah beberapa tahun berbahang dalam parti.

Bagaimanapun terdapat spekulasi Azmin mungkin mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jawatan presiden.

Azmin setakat ini belum mengisytiharkan keputusannya. (Sumber: Malaysiakini)

NIK NAZMI SOKONG RAFIZI

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menjadi antara pemimpin pertama parti itu yang mengisytiharkan sokongan terbuka kepada Rafizi Ramli untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

“Saya juga ingin ulangi sokongan saya bagi @anwaribrahim (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dipilih sebagai presiden PKR dalam pemilihan kali ini.

“Selain itu, saya juga ingin menyokong Rafizi Ramli sebagai calon timbalan presiden,” tulis anggota parlimen Setiawangsa di Twitter hari ini.

Baca: Jangan kalah macam saya, kata KJ pada Rafizi

Nik Nazmi berkata demikian serentak dengan pengumuman untuk bertanding merebut kerusi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR hari ini.

Beliau tidak bertanding mempertahankan kerusi disandangnya kerana perlembagaan PKR menetapkan ketua Pemuda tidak boleh berusia lebih 35 tahun.

Nik Nazmi berumur 36 tahun pada tahun ini.

Dalam pemilihan parti sebelum ini, beliau hanya menang tipis kepada Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Laporan eksklusif Malaysiakini malam tadi memetik Rafizi mengesahkan akan bertanding merebut jawatan timbalan presiden pada pemilihan bulan depan.

Jawatan timbalan presiden kini disandang oleh menteri ekonomi Datuk Seri Azmin Ali.

Jika Azmin mempertahankan jawatan itu, ia pasti menyaksikan pertembungan antara dua kem yang sudah beberapa tahun berbahang dalam parti.

Bagaimanapun terdapat spekulasi Azmin mungkin mencabar Anwar untuk jawatan presiden. Azmin belum mengisytiharkan keputusannya.

Sementara itu, berkaitan keputusannya bertanding jawatan MPP, Nik Nazmi berkata keputusan itu dibuat setelah berbincang dengan ahli keluarga, sahabat dan “warga Setiawangsa”.

Beliau menegaskan perjuangan untuk memastikan negara yang lebih adil belum berakhir.

“Saya sangat bersyukur kerana diberikan peluang tersebut untuk berkhidmat dan berharap untuk terus berkhidmat.

“Saya ingin menjadikan PKR sebuah parti untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang mereka,” mereka. (Sumber: Malaysiakini)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Ini Kenyataan Bakal PM Pakistan Yang Baru Menang Pilihanraya Buat Tun Mahathir Yang Ramai Tak Caya

Najib Kata Malaysia Ke Zaman Mundur. Ini Jawapan Balas Tun Mahathir Yang WOW