in

Tegur Tuan Haji Yang Nak Beli Rumah Baru Di Bank. Apa Jadi Seterusnya Buat Ramai SENTAP

Allahu. Terasa Sentap Di Hati. Kongsikan.

Tegur Tuan Haji Yang Nak Beli Rumah Baru Di Bank. Apa Jadi Seterusnya Buat Ramai SENTAP | Khalifah Mail Online – Seperti diceritakan oleh Cikgu Ghani. Tengah tunggu giliran di bank, tegur seorang haji. Dia nak beli rumah baru, katanya rumah lama kecil sangat. Apa jadi seterusnya buat ramai tersentap. Allahu. Jom baca dan kongsikan.

JUMPA TUAN HAJI NAK BELI RUMAH BESAR

Ketika menunggu giliran di bank,saya berbual dengan seseorang haji yang kebetulan duduk di sebelah saya.Bila ditanya tujuannya.katanya,”Saya datang minta pinjaman nak beli rumah yg besar sikit.Rumah yang ada sekarang sempit dan lama.

Saya cuma mengangguk dan bertanya jumlah pinjaman,ratus ribu.Sudah jadi kelaziman manusia sentiasa tidak berpuashati dg apa yg dia ada,kereta nak ditukar bila dah diguna beberapa lama,diupgrade,rumah pun nak direnovate,dibesar ditambah jika ada duit, atau beli rumah baru.

RUMAH AKHIRAT ?

Namun apakah kita telah ada rumah diakhirat?Apakah kita tidak rasa rumah diakhiratnya patut dibesarkan.Tidakkah terasa rumah yg nak dibeli didunia itu,akan diduduki sementara sahaja sedangkan rumah diakhirat nak diduduki selamanya.Jika ditimbang dari aspek ini,maka rumah yang diakhirat kena diutamakan dulu dari rumah yang didunia.

Maka pinjamlah, jika tak ada duit cukup untuk buat rumah diakhirat,besarkan rumah diakhirat dg bersedekah jariah,wakaf pembinaan masjid,sekolah,rumah kebajikan dan sebagainya yang ibarat membina suatu amal kebajikan yg kekal menjadi milik kita selamanya untuk bekalan ke akhirat yang diandai bagai membina sebuah rumah.

Bekerja tiap hari,berikhtiar itu ini untuk bina harta didunia, hanya untuk menyuap satu mulut,yang menjadi busuk dan keluar sebagai najis,sedangkan kita tidak sekuat itu bekerja untuk cari harta akhirat yang tidak membusuk selamanya, sebaliknya terus baik disisi Allah untuk dimanfaat berkekalan.

Kita berusaha didunia untuk sihat,makan itu ini,telan ubat itu ini,supplement yg berbagai,tetaplah sihat itu sementara,suatu hari kita akan tua dan mati jua,tetapi kita tidak berusaha untuk tidak sakit diakhirat dengan tidak berbuat maksiat,engkar perintah Allah dan disiksa di neraka.

KATA NAK DUNIA AKHIRAT. TETAPI ….

Kita begitu berusaha untuk naik pangkat dalam pekerjaan,naik status dlm hidup, tambah kemewahan tetapi sekuat itu jugakah usaha kita untuk dapat darjat yang tinggi disisi Allah untuk hidup selamanya diakhirat.Lidah kita mudah mengaku yg kita kena seimbang antara dunia dan akhirat.

Dunia jambatan akhirat,kononnya.Jika demikian kenapa bila kita sanggup meminjam untuk beli rumah,beli harta di dunia yang ansurannya hingga ke mati,tetapi tak sanggup meminjam untuk berbuat kebajikan demi membina tempat tinggal yang baik diakhirat?

Jika boleh berdiri dan duduk 8 jam sehari ditempat kerja demi kelansungan hidup didunia, kenapa tak seimbangkan untuk duduk dan berdiri mengadap Allah dimalam sepi utk bertahajud, membaca quran,meskipun sekedar beberapa minit demi kelangsungan hidup yg kekal diakhirat.Jika didunia melabur dlm ASB hingga sanggup meminjam,dlm saham,emas,dsbnya, mana dia pelaburan untuk akhirat.

CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Yang banyaknya orang melabur utk akhirat dengan lebihan belanja seringgit dua utk tabung masjid,sumbangan wakaf dll,kenapa tidak melabur dg banyak juga kerana janji Allah lebih besar dan tetap benar pada pelaburan yang ditawarkan, berbanding oelaburan dunia yg janjinya banyaj yg mungkir.

Akhirnya,kebanyakan kita termasuk saya hipokrit,berpura dengan Allah.Mengaku tetapi tidak buat.Mengaku dunia kena diseimbang dg akhirat tetapi neraca kita,timbangan kita banyak menipu.Apakah dg sembahyang 5 waktu,puasa sebulan dlm setahun,sedekah yg bagai memberi daging nyamuk yg nipis yg lekat pada kulit lembu,bukan daging pejal dari peha, itu sudah dipandang seimbang dunia dan akhirat. Cheh!

Jom kita pejam mata seketika,betulkah aku telah seimbangkan antara dunia dan akhirat dg membanding masa ibadat dg pekerjaan,harta didunia dg amal kebajikan utk akhirat,simpanan dan pelaburan dunia dg simpanan dan pelaburan akhirat. Renungkanlah.Siapa berani meminjam utk bina masjid,sekolah agama,rumah kebajikan?

Sila fahami tulisan ini sebagai bandingan utk bermuhasabah,utk menjadi lebih baik. Berhentilah dari memberi alasan.

Sumber: Khalifah Mail Online via Cikgu Ghani

Loading...

Comments

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Hilang Kasut Di Masjid. Ketika Kalut Mencari, “SESUATU” Terjadi. Subhanallah.

Jika Golongan Atheis Meninggal Dunia. Tempat “Kubur”nya MENGEJUTKAN Ramai