in

Umur 6 Tahun Dapat HIV. Apa Berlaku Selepas 10 Tahun Buat MENGEJUTKAN Dunia

Allahuakabar. Semoga Allah Rahmati Beliau.

Umur 6 Tahun Dapat HIV. Apa Berlaku Selepas 10 Tahun Buat MENGEJUTKAN Dunia | Khalifah Mail Online – Pada usianya 6 tahun dia dapat AIDS HIV. Dia sangat sedih sampai nak bunuh diri. Tetapi lepas 10 tahun, siapa sangka dia telah buat “sesuatu” yang betul-betul mengejutkan dunia sehingga termasuk dalam senarai Remaja Paling Berpengaruh Di Dunia. Allahu. Jom baca dan kongsikan.

TIBA2 HIDAP HIV SEJAK KECIL

Mohammed Barry dilahirkan pada tahun 1991 di Gambia. Beliau sudah memenangi beberapa anugerah dan tersenarai dalam 25 Most Powerful and Influential Young People in the World oleh Youth Service America.

Anugerah itu adalah untuk usaha-usaha beliau dalam membantu pesakit HIV positif. Beliau amat memahami apa yang dilalui mereka kerana beliau sendiri menghidap penyakit tersebut.

Mohammed dijaga dengan penuh kasih-sayang oleh kedua ibu bapanya sehinggalah bapanya meninggal dunia pada tahun 1998.

Pada masa itu juga Mohammed disahkan menghidap HIV. Ini satu tamparan hebat kepada keluarganya terutama ibunya yang bukan sahaja kematian suami, malah anaknya pula dijangkiti HIV.

DISISIH KAWAN DAN MASYARAKAT

Mohammed yang masih kecil merasakan hidupnya berubah serta-merta selepas itu. Selain tubuhnya mudah berasa letih, dia juga mengalami diskriminasi di tempat kelahirannya sendiri.

Dia tidak faham apa yang berlaku kepada dirinya dan mengapa rakan-rakan sering mengejeknya.

Dia juga tidak tahu yang usianya mungkin tidak panjang seperti orang lain dan akan meninggal dunia. Dia terlalu muda untuk memahami keadaan yang sedang menimpa dirinya.

Selepas dia memahami kisah sebenar, hakikat penyakit yang dihadapinya, hati Mohammed hancur. Dia hilang keyakinan diri, sekaligus memberi kesan kepada prestasi akademiknya.

Keadaan ini ditambah pula dengan maklumat yang amat terhad berkaitan HIV di Afrika yang menyebabkan masyarakat di sekelilingnya jahil mengenai selok-belok penyakit tersebut.

Perkara ini menjadikan mereka prejudis terhadap pesakit HIV yang tidak berdosa seperti dirinya

BERTEMU SEORANG WANITA

Pada suatu hari, Mohammed bertemu dengan seorang wanita. Wanita itu menceritakan keadaan dirinya yang turut dipandang berbeza oleh masyarakat sekeliling. Tapi wanita itu berjaya berdepan semua cabaran selama bertahun-tahun lamanya.

Wanita itu merupakan seorang penghidap HIV juga, sama seperti Mohammed. Dia meyakinkan Mohammed yang beliau boleh melalui cabaran hidupnya kerana dia juga telah berjaya melaluinya.

Wanita itu memeluk Mohammed dan Mohammed menangis kerana dia tidak menerima pelukan sejak menghidap HIV.

Pertemuan itu telah membuka mata Mohammed. Perasaan gembira yang dirasakan semasa perbualannya dengan wanita itu mengubah dirinya dan matlamat hidupnya.

Dia mahu kanak-kanak yang menghidap HIV mendapat pembelaan termasuk peluang mendapatkan rawatan.

Ini kerana kanak-kanak senasib dirinya selalu diabaikan keluarga termasuk oleh ibu bapa mereka sendiri. Kebanyakannya tidak dapat merasai pengalaman sebagaimana kanak-kanak yang lain.

HASILKAN “SESUATU” BUAT DUNIA RESPEK

Mohammed merupakan pengasas Aid for Smiles iaitu sebuah badan tidak berasaskan keuntungan.

Aid for Smiles adalah gabungan aktivis sosial global yang membantu kanak-kanak dan orang muda yang tidak bernasib baik. Aktivis sosial ini datang dari serata dunia termasuk Indonesia, Gambia, Albania, France, dan Morocco.

Bersikap optimis dan mempunyai harapan menjadi kekuatan Mohammed untuk kekal dengan usahanya walaupun setiap hari beliau masih merasai kesakitan yang mengalir dalam tubuhnya.

Mohammed Barry juga mengetuai Speak AIDS, iaitu satu kempen untuk memberi kefahaman terhadap salah faham dan stigma berkaitan remaja yang dijangkiti HIV positif.

Beliau juga turut berucap mengenai pendidikan, wanita dan hak asasi manusia. Begitulah semangat seorang penghidap HIV yang membuang jauh-jauh stigma masyarakat terhadapnya.

Bahkan beliau berusaha mengubah stigma buruk masyarakat kepada mangsa-mangsa HIV, yang kadang-kadang bukan dari kesilapan sendiri tetapi kerana jangkitan dari ahli keluarga.

VIDEO UCAPAN BELIAU DI TED

Sumber: Tazkirah

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Pekerjaannya Buat Ramai GELI. Tapi Bila Dapat RM60 Juta Ramai Pulak Yang NAK TAHU

Lama Siasat. Akhirnya Wartawan Temui Result SPM Syed Mokhtar Yang MENGEJUTKAN Ramai