in

Pemandu Jazz Tiba-Tiba MENGGILA Di Jalan Raya. Ini Video Yang Ramai Nak Tengok

Pasti Sesuatu Terjadi Yang Buatkan Pemandu Tu Buat Camtu.

Pemandu Jazz Tiba-Tiba MENGGILA Di Jalan Raya. Ini Video Yang Ramai Nak Tengok | Khalifah Mail Online – Viral sebuah video pemandu Honda Jazz “menggila” di jalan raya. Seperti ada “sesuatu” terjadi dalam kereta. Apa berlaku tak lama lepas tu buat orang ramai lega. Ada video. Allahu.

PEMANDU HONDA JAZZ MENGGILA

CARI NAHAS… Aksi sebuah kereta Honda Jazz yang ‘mengzila’ di atas jalan raya dengan memandu tanpa hala dan berkemungkinan telah melanggar kenderaan lain menjadi tular di media sosial.

Video insiden tersebut kebetulan sempat dirakam oleh saksi kejadian yang jelas menunjukkan kesesakan lalu lintas berlaku kerana sikap pemandu kenderaan berkenaan yang memandu tanpa arah itu.

Bagaimana pun, lokasi dan masa kejadian itu berlaku tidak dapat dikenal pasti kerana tiada butiran lanjut.

Orang awam yang berada di kawasan kejadian berang dengan tindakan pemandu itu kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab, terus memandu tanpa rasa bersalah.

“Dia tak boleh pergi mana, rim tayar dia tu,” kata individu yang merakamkan video tersebut.

Beberapa orang awam telah bertindak untuk merosakkan kenderaan itu menggunakan batang kayu dan topi keledar dengan tujuan supaya pemandu tersebut akan keluar dari keretanya.

Turut kelihatan kerosakan kecil di bahagian bumper belakang dan tayar belakang Jazz tersebut, yang berkemungkinan akibat telah melanggar penghadang jalan.

Mungkin pemandu tersebut berada dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana jika dilihatkan, dia langsung tidak mempedulikan orang awam yang mengamuk kerana tindakannya itu.

AKHIRNYA DITAHAN POLIS

Tidak lama kemudian, kereta Honda Jazz itu sudah berjaya ditahan oleh pihak polis di dalam sekatan jalan raya yang telah dibuat beberapa kilometer dari tempat kejadian.

Namun, tiada berita selanjutnya mengenai kejadian ini. Tindakan pemandu yang ‘gila’ itu boleh membahayakan nyawa orang lain.

Mana tidaknya, sekejap ke depan, sekejap ke tepi. Mujur tiada motosikal yang lalu di bahu jalan ketika kejadian… Kalau tidak, lain pula yang jadi.

VIDEO PEMANDU HONDA JAZZ MENGGILA

Sumber : Mynewshub

Loading...

Comments

2 Pings & Trackbacks

  1. Pingback:

  2. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Pelajar SPM 10A Tapi Akhirnya Ke Tali Gantung. Kisahnya Amat MENGEJUTKAN

Penjenayah Tiba-Tiba SERAH Diri Dan Bawa Donut Ke Balai Polis. Puncanya Amat MENGEJUTKAN