in

SERAM. Gangguan Wanita Berbaju Putih Yang Buat Ramai Tak Lena Tidur

Rukun Iman Kena Percaya Makhluk Ghaib Tu Memang Wujud

SERAM. Gangguan Wanita Berbaju Putih Yang Buat Ramai Tak Lena Tidur | Khalifah Mail Online – Beberapa pelakon luar negara popular 3 negara bertandang ke Malaysia untuk penggambaraan filem hantu mengalami peristiwa ngeri apabila diganggu wanita berbaju putih. Ikuti kisah selanjutnya. Seram.

FILEM GABUNGAN 3 NEGARA

Bukan sekadar memaparkan lokasi sebenar kejadian, filem Haunted Hotel juga mempunyai kelainan, sekali gus mampu memenuhi cita rasa penggemar genre seram tanah air.

Apa yang menarik, filem ini menggabungkan pelakon dari tiga negara iaitu Thailand, China dan Malaysia.

Filem arahan pengarah terkenal Ryon Lee ini juga mempertaruhkan gandingan mantap Aom Sushar (Thailand) dan Li Chuan (China) selaku teraju utama.

Selain itu, ia turut menampilkan barisan pelakon tempatan iaitu Nadia Aqilah, Teddy Chin, Alvin Chong dan Azman Hassan.

PILIH GENTING HIGHLAND

Selaku penerbit, Aron Koh berkata, pihaknya memilih tempat paling menakutkan dan terkenal di Malaysia iaitu Amber Court, Genting Highlands, Pahang untuk lokasi penggambaran filem berkenaan kerana sesuai dengan jalan ceritanya.

“Menerusi kajian di Internet, Amber Court juga dipilih sebagai hotel paling berhantu dari laman web Sina Weibo di China.

“Saya berharap filem ini akan menarik ramai pelancong asing terutama dari China untuk berkunjung ke Genting Highlands, sekali gus mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan,”katanya.

Mengulas mengenai kutipan, Aron berkata, filem itu sudah mencecah kutipan hampir RM10 juta dalam tempoh tujuh hari tayangan di pawagam seluruh China sejak 12 Oktober lalu.

“Pihak kami sangat gembira dengan sambutan hebat penonton di China dan yakin jumlah kutipan akan terus meningkat sehingga tayangannya berakhir di sana nanti.

“Filem ini mula ditayangkan di pawagam Malaysia bermula hari ini (Khamis) dan semoga ia mendapat sambutan penonton tempatan.

“Pihak kami juga menjanjikan kualiti filem seram setaraf dengan Thailand dan Jepun.

“Dari segi sasaran, saya menjangkakan kutipan akan mencecah RM3 juta di pawagam tempatan nanti, ”katanya.

Filem ini terbitan produksi tempatan iaitu Lomo Pictures dengan kerjasama He Media.

Sushar heroin dari Thailand

Bukan sahaja jelita, Sushar, 28, juga bintang gred A di Thailand.

Antara lakonannya yang mendapat sambutan ramai ialah filem Thai adaptasi drama Korea iaitu Autumm In My Heart dan Full House.

Justeru, tidak hairanlah Sushar diberi kepercayaan oleh penerbit selaku heroin dalam filem Haunted Hotel.

Ditanya pengalaman membintangi filem itu, Sushar berkata, banyak perkara baru dilaluinya sepanjang penggambaran di Malaysia.

“Saya berasa seronok kerana dapat bekerjasama dengan barisan kru dan pelakon dari Malaysia.

“Walaupun ada masalah bahasa dengan pelakon dan kru, masing-masing sangat profesional dan beri kerjasama terbaik ketika penggambaran,” katanya.

Bercerita mengenai cabaran, kata Sushar, dia perlu berdialog dalam bahasa Mandarin dalam filem itu.

“Saya melakonkan watak Ling, wanita dari China.

“Mujur pengarah dan hero filem ini banyak membantu saya menghafal dan memahami dialog dalam bahasa Mandarin,”katanya.

Selain itu, kata Sushar, dia juga berdepan cabaran cuaca sejuk di Genting.

“Antara lain yang sukar ialah ketika saya tergantung di wayar ketika babak jatuh daripada tingkat empat balkoni hotel.

“Namun, dengan kerjasama terbaik barisan kru dan pengarah, ia dapat dijayakan dengan lancar,”katanya.

Selain di Malaysia dan China, Haunted Hotel turut diedarkan di Hong Kong dan Thailand.

SINOPSIS FILEM

Kisah bermula dengan Ling dan kekasihnya, Jun peluang ke Malaysia atas urusan kerja. Mereka menang besar di kasino. Dengan kemenangan itu, mereka terpaksa tinggal di hotel berhantu. Sepanjang menginap di hotel itu, mereka berdepan pengalaman aneh apabila diganggu wanita berbaju putih.

Bimbang keadaan semakin buruk, mereka nekad melarikan diri daripada hotel itu dengan menuruni kawasan berbukit. Bagaimanapun, di pertengahan jalan mereka sekali lagi diganggu wanita berpakaian putih itu dan Jun pula tiba-tiba hilang.

Sumber: Harian Metro

Loading...

Comments

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Remaja 17 Tahun DIPUKUL 15 Lelaki Bersenjata Di Johor. Puncanya Amat MENGEJUTKAN

Kisah Jutawan Malaysia Wakaf Tanah Dan Saham Bernilai RM56.6 Juta Yang Buat Ramai WOW