in

Kisah Jutawan Malaysia Wakaf Tanah Dan Saham Bernilai RM56.6 Juta Yang Buat Ramai WOW

Subhanallah. Semoga Menjadi Inspirasi Kepada Semua Umat Islam.

Kisah Jutawan Malaysia Wakaf Tanah Dan Saham Bernilai RM56.6 Juta Yang Buat Ramai WOW | Khalifah Mail Online – Pernahkah kita dengar cerita tentang Ahmad Dawjee Dadabhoy? Beliau merupakan seorang jutawan Malaysia berketurunan India Muslim. Di akhir hayatnya beliau mewakafkan hampir keseluruhan hartanya berupa sebidang tanah yang luas sekitar 1.2 ekar di Jalan Perak dan juga lot lot saham bernilai jutaan dolar di Bursa Saham London dan beberapa bursa saham lain.

PUNYAI TANAH DI SEGITIGA EMAS KL

Tanah beliau di Jalan Perak, Kuala Lumpur dibangunkan sebuah menara wakaf 34 tingkat yang hari ini dikenali sebagai Menara Wakaf Bank Islam. Bangunan yang dibina dengan modal dikeluarkan Tabung Haji itu pada tahun 2007 dengan kos RM151 juta.

Hari ini disewakan sebagai pejabat Kelas A di kawasan segitiga emas yang kedudukannya tidak jauh dari KLCC.

Diberitakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai pemegang amanah harta wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy ini akan menerima RM56.6 juta hasil sewaan bangunan ini selama 25 tahun.

Dihari kematian beliau pada 24 Januari 1987, beliau meninggal di sebuah rumah flat kecil di Jalan Masjid India di kelilingi oleh buku-buku bacaan beliau. Tidak ada harta lain lagi bersama beliau melainkan sedikit itulah.

Selebihnya sudah diwakafkan keseluruhannya untuk ummah. Pernah keluarganya datang dari Afrika Selatan ke Malaysia. Apabila dibawa melawat tanah tanah wakaf beliau di kawasan segitiga emas Kuala Lumpur, mereka menitiskan air mata melihat bertapa tingginya nilai hartanah tersebut dan tingginya ketaqwaan saudara mereka Ahmad Dawjee yang mewakafkan hartanya itu kepada ummah.

Inilah tauladan kepada kita di zaman ini sebagaimana yang kerap kita dengar kisah sahabat sahabat Nabi SAW yang meninggal dunia tanpa harta kerana mewakafkan harta mereka sebelum meninggal dunia walaupun ketika hidupnya kaya raya.

Ia juga petunjuk kepada kita bahawa agama menggalakkan kita mencari harta dan mengembangkan harta. Tetapi perlu diingat harta kekayaan itu bukanlah milik mutlak kita.

Perlu dikongsikan dengan ummah berupa zakat, sedekah dan wakaf. Di hari kematian kita, tinggal di alam barzakh, pahala sedekah itu akan terus menerus berjalan. Kemudian dibangkitkan di akhirat kelak menjadi lebih kaya untuk tempoh yang tiada penghujungnya disebabkan ketinggian taqwa kita kepada Allah atas harta yang kita infakkan.

* Kisah Ahmad Dawjee Dadabhoy ini diceritakan oleh Ustaz Mohd Ramadhan Fitri Elias (Senior Vice President Maybank Islamic/ Ketua Jabatan Pengurusan Syariah Maybank Islamic Malaysia) dalam pembentangannya di Konvensyen Pejuang Hartanah di Cyberjaya pada tahun lepas.

InsyaAllah saya cuba catatkan isi isi penting pembentangan beliau bertajuk ‘Islam dan Harta Membentuk Kehidupan Taiyyibah’ dan juga isi isi pembentangan speaker yang lain berkait hartanah.

UPDATE TAMBAHAN

Hamba Allah berharta bernama Ahmad Dawjee Dadabhoy telah mewakafkan hartanya bernilai puluhan hingga ratusan juta sehinggalah diakhir hayatnya hanya tinggal sebuah rumah flat dan meninggal dengan baju dan kain pelekat putihnya dilingkungi buku buku bacaannya.

Sehingga pagi ini 2666 orang telah share tulisan saya berkenaan beliau. Jumlah share paling tinggi di FB peribadi saya. Teruja termasuk yang komen ialah mereka yang mendapat manfaat daripada wakaf beliau sekurangnya menjadi jemaah solat di surau beliau. Termasuk beberapa pegawai yang pernah menguruskan wakaf Ahamd Dawjee.

Paling mengejutkan keluarga beliau yang tinggal di Afrika Selatan, Karachi Pakistan dan Toronto Kanada ada yang merespon. Alhamdulillah. Terima kasih sahabat sahabat yang menyebarkan. Jika tidak besar pun, harapnya inilah dakwah kecil kita dalam mengembangkan amalan baik.

Respon pelbagai. Samada menghargai tauladan Ahmad Dawjee Dadabhoy dan ramai juga yang mengambil kesempatan menempelak atau mempersoalkan pihak berkuasa yang diamanahkan harta wakaf tersebut. Apapun hak saudara saudari merespon sebegitu.

Adapun saya yang menulis mengharapkan kisah Ahmad Dawjee ini membuka mata kita, menjentik hati kita agar memulakan melakukan amalan sedekah, infak, wakaf dan segala amalan ‘memberi’ ini. Tidak perlu tunggu ada saham bernilai jutaan di London Stock Exchange, Bursa Malaysia, Wall Strait atau tanah di Segitiga Emas Kuala Lumpur. Dengan sedikit yang ada pada kita, mulakan memberi.

Selepas diviralkan tulisan di atas, seorang hamba Allah menulis tentang seorang lelaki yang mewakafkan ‘cebok’ untuk kegunaan di kolah wuduk di masjid masjid yang beliau singgah.

Lewat sebelum itu seorang muda yang sentiasa di dalam keretanya ada getah paip dan dawai. Gunanya di masjid mana yang beliau singgah akan digantikan paip getah di tandas masjid yang rosak atau yang tidak ada.

Disekeliling kita ada pekerja pembersihan,tukang sapu dan pelbagai jenis manusia yang jika diberikan sekadar RM1 pun cukup menyejukkan hati mereka. Lalu mulakanlah dengan sekecil harta yang kita ada.

Tidak tunggu kaya. InsyaAllah amalan kita akan menjadikan kita kaya jiwa. Jika selayaknya untuk kita, Allah boleh menganugerahkan kekayaan dunia kepada kita.

Siapa yang tidak tahu ke mana dan siapa yang hendak dia sedekahkan hartanya. InsyaAllah kita boleh berikan senarai orang orang yang memerlukan samada pelajar, keluarga miskin, anak yatim, sekolah sekolah dan masjid yang dalam pembinaan. RM1 atau RM10 atau RM1 juta yang kita berikan akan menjadi sebahagian daripada bangunan masjid atau menjadinya seorang pelajar berilmu.

Selagi mana manusia menggunakan masjid itu untuk beribadah, manusia yang disedekahkan terus hidup berbakti pada agama, sekolah terus melahirkan pelajar,maka sepanjang itulah pahala berpanjangan walaupun ketika terputus amalan lain di hari kematian kita. Ayuh sahabat sahabat. Kita semua Ahmad Dawjee Dadabhoy.

Sumber: Nasaie Ismail Part 1 | Nasaie Ismail Part 2

SERAM. Gangguan Wanita Berbaju Putih Yang Buat Ramai Tak Lena Tidur

Pelajar SPM 10A Tapi Akhirnya Ke Tali Gantung. Kisahnya Amat MENGEJUTKAN