in

Remaja 17 Tahun DIPUKUL 15 Lelaki Bersenjata Di Johor. Puncanya Amat MENGEJUTKAN

Cabaran Membuat Dakwah Amal Makruf Nahi Mungkar. Allahu.

Remaja 17 Tahun DIPUKUL 15 Lelaki Bersenjata Di Johor. Puncanya Amat MENGEJUTKAN | Khalifah Mail Online – Seorang remaja parah selepas diserang oleh sekumpulan 15 lelaki bersenjata sebuah flat di Johor pada pukul 2 pagi. Hasil siasatan polis, kejadian berpunca hanya kerana…..

NASIHAT MINTA PERLAHANKAN PEMBESAR SUARA

REMAJA lelaki parah di belakang badan dan kepalanya apabila diserang 15 lelaki bersenjata parang dan pisau di tingkat bawah flat di Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam, semalam.

Dalam kejadian 2.05 pagi itu, mangsa, 17, dikatakan menegur dan menasihati dua daripada suspek itu yang memasang lagu dengan kuat menggunakan pembesar suara kereta yang diletakkan di kawasan flat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, akibat teguran itu, berlaku pertengkaran dan pergaduhan kecil antara mereka.

BERLAKU PERTENGKARAN

“Berikutan pertengkaran itu, datang lagi sekumpulan suspek lain dipercayai rakan suspek yang awal itu dengan menaiki kereta serta beberapa motosikal.

“Mereka mengerumuni mangsa dan terdapat beberapa orang suspek membawa parang dan pisau menyerang mangsa seorang diri.

“Hasil siasatan awal mendapati semua suspek itu bukan penghuni di kawasan flat berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang parah dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan.

POLIS MASIH MENCARI 15 “JAHANAM” TERSEBUT

Menurut Jokhiri, kes masih dalam siasatan pihaknya mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah dengan senjata.

“Sehingga kini, masih belum ada sebarang tangkapan dibuat dan kita sedang giat memburu semua suspek yang terbabit,” katanya.

Pada masa sama, beliau memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil membantu siasatan atau menyalurkan maklumat di balai polis berhampiran atau melalui Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau melalui Hotline Polis Daerah Seri Alam di talian 07-3864222.

Sumber: Harian Metro

Loading...

Comments

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Lelaki Ni Tiba-Tiba SEBAK Bila Cium Anak Sebelum Dibawa Polis. Ini Puncanya…

SERAM. Gangguan Wanita Berbaju Putih Yang Buat Ramai Tak Lena Tidur