in

Ahli Bina Badan Popular Ni Teruja Buat BACK FLIP Tapi Akhirnya…… MENGEJUTKAN

Malang Tak Berbau. Memang Dah Ajalnya. Semoga Kita Semua Selalu Beringat.

Ahli Bina Badan Popular Ni Teruja Buat BACK FLIP Tapi Akhirnya…… MENGEJUTKAN | Khalifah Mail Online – Sorakan peminat dan orang ramai telah membuatkan seorang juara bina badan terkenal mendapat padah apabila gagal buat back-flip di tengah-tengah orang ramai. Sangat MENGEJUTKAN. Ada video. Semoga menjadi iktibar kepada semua.

PADAH BACK-FLIP

Seorang juara bina badan maut akibat cedera parah selepas cubaannya melakukan ‘back-flip’ semasa sesi memanaskan badan, gagal dilakukan dengan sempurna.

Laporan Daily Mail menyatakan, Sifiso Lungelo Thabete, patah tulang leher selepas kepalanya terlebih dahulu mendarat ke lantai.

Terkejut melihat kejadian itu, beberapa kakitangan penganjur segera mendapatkan mangsa yang pada ketika itu sudah tidak bergerak dalam kejadian Sabtu.

Berdasarkan video yang dimuat naik, ahli bina badan itu dilihat memasuki gimnasium dan menunjukkan gaya lagaknya dan meminta penonton memberi sorakan semangat kepadannya. Peserta berusia 23 tahun itu kemudian berjalan berlari ke tengah dan melompat untuk cuba melakukan ‘back-flip’.

Bagaimanapun, badannya gagal mencapai momentum penuh untuk berpusing dan menyebabkan kepala Thabethe jatuh terhentak di lantai terlebih dahulu sebelum terkulai layu dan tidak bergerak sebelum beberapa individu berlari mendapatkannya.

Menurut Body Building South Afrika, Sifiso mempunyai gaya persembahan kemunculannya sendiri setiap kali tampil ke pentas.

PUNCA KEMALANGAN

Presiden organisasai, Wayne Price berkata, “Kami mengesyaki dia memakai stokin pada waktu itu yang menyebabkan dia tergelincir dan gagal mencapai momentum yang mencukupi menyebabkan kepalanya mendarat di lantai sebelum badannya.

Majalah bina badan Afrika Selatan, Mucle Evolution yang mengulas mengenai kejadian itu berkata, “Komuniti bina badan terkejut dan sedih dengan berita kematian Sifiso Lungelo Thabete, ahli bina badan dari Umlazi di KwaZulu- Natal, yang tragis itu.”

Majalah itu melaporkan, Thabete mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang itu dan pernah memegang gelaran IFBB Junior World Champion dalam kategori sehingga 75 kilogram.

“Beliau telah mengkagumkan orang ramai dan para hakim dengan saiz otot yang luar biasa dan kematangan badannya dalam usia beliau dalam pertandingan yang disertainya baru-baru ini,” lapornya.

VIDEO BACK FLIP AHLI BINA BADAN

Sumber : Daily Mail via The Reporter

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

F-35 Serang Gaza. Ini Amaran Hamas Yang Buat Israel Terus PATAH BALIK. Subhanallah.

Tuduh Poligami Dalam Islam Itu KEJAM. Ini Jawapan Dr Zakir Naik Yang Buat Wanita Tu TERDUDUK