in

Pesan Nabi SAW Tentang Gunung Yang Akan Berada Di Syurga. Jangan TERKEJUT Bila Tau

Subhanallah Cantiknya Syurga Allah. YaAllah Masukkan Kami Ke Dalam Syurga MU

Pesan Nabi SAW Tentang Gunung Yang Akan Berada Di Syurga. Jangan TERKEJUT Bila TauKhalifah Mail Online – Tahukah anda bahawa ada gunung di dunia yang boleh ditemui di syurga nanti? Jika dihimpunkan semua gunung yang ada di bumi ini, gunung yang satu ini memang sangat istimewa. Nak tau gunung apa tu. Jom baca di bawah.

GUNUNG YANG PENTING DALAM SEJARAH ISLAM

Gunung tersebut menjadi saksi terjadinya perang hebat yang pernah dilalui oleh kaum muslimin. Di dalam gunung tersebut terdapat gua yang menjadi tempat persembunyian Rasulullah SAW dan tiga sahabatnya semasa dicari oleh pihak musuh.

Gunung ini menjadi salah satu gunung yang dicintai oleh Rasulullah SAW. Bagi yang sudah melihatnya di dunia, mungkin saja bisa kembali melihatnya di syurga. Gunung apa yang dimaksud tu? Berikut ringkasannya.

Gunung di bumi yang juga akan dijumpai di syurga adalah Gunung Uhud. Gunung yang terletak sekitar tujuh kilometer dari Kota Madinah ini memiliki ketinggian sekitar 1.077 meter dengan panjang kawasan berbukit sehingga 6 kilometer. Umat Islam yang melaksanakan Haji dan Umrah boleh meluangkan masa untuk datang ke gunung ini. Rasulullah SAW bersabda:

 “Bukit Uhud adalah salah satu dari bukit-bukit yang ada di syurga. (H.R. Bukhari)

GUNUNG YANG DICINTAI RASULLULLAH SAW

Rasulullah SAW juga menyatakan kecintaan terhadap gunung ini dalam sebuah hadisnya. Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Uhud adalah satu gunung yang mencintai kami dan kami juga mencintainya.” (HR Bukhari dan Muslim).

Gunung Uhud berwarna coklat tua dimana gunung ini berdiri sendiri dan tidak bersambung dengan gunung lain seperti gunung yang sedia ada di bumi. Sehingga jika ada gunung di sekitarnya mengalami gangguan, maka Gunung Uhud tidak akan terkesan dengan gangguan tersebut. Itulah sebabnya masyarakat Madinah menggelarkan Gunung Uhud dengan sebutan Jabal Uhud yang membawa maksud “gunung menyendiri’.

Gunung Uhud atau Jabal Uhud memiliki nilai sejarah yang sangat besar bagi umat Islam. Gunung ini menjadi saksi ‘bisu’ perjuangan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dalam pertempuran Uhud melawan kafir Quraisy.

PERANG UHUD

Perang Uhud terjadi pada 23 Mac 625 Masehi atau pada 15 Syawal 3 H. Perang ini adalah pertempuran spiritual dan politik yang sebenarnya. Di lembah bukit inilah kaum muslimin sebanyak 700 orang melawan kaum musyrikin Makkah sebanyak 3000 orang. Pada perang ini, pasukan diberi pilihan antara kesetiaan pada agama dan kecintaan kepada harta dunia. Jika melihat keadaan pegunungan tersebut, tidak dapat dibayangkan bagaimana sukarnya pertempuran yang berlaku.

Perang Uhud menyimpan kisah yang pilu. Dimana ratusan sahabat Nabi banyak gugur syahid. Bapa saudara Nabi Muhammad SAW, Hamzah bin Abdul Muthalib juga meninggal dunia dalam peperangan tersebut.

Para syuhada kemudian dimakamkan di Gunung ini. Nabi SAW bersabda, meskipun pasukan Rasul banyak yang gugur, namun jasad mereka akan tetap mendapat perlindungan dari Allah.

“Mereka yang dimakamkan di Uhud tidak memperoleh tempat lain kecuali rohnya berada di dalam burung hijau yang melintasi sungai syurgawi. Burung itu memakan makanan dari taman syurga, dan tidak pernah kehabisan makanan. Para syuhada itu berkata siapa yang akan menceritakan keadaan kami kepada saudara-saudara kami bahawa kami sudah berada di syurga.”

Allah SWT kemudian menurunkan ayat yang ertinya: Dan janganlah mengira bahawa orang yang terbunuh di jalan Allah itu meninggal (Qs 3:169).

Benar saja, setelah 40 perang berlalu, terjadi banjir besar yang membuat makam dua syuhada iaitu Hamzah dan Abdullah bin Jahsyin porak-poranda kerana banjir ini. Namun ternyata, jasad keduanya masih utuh dan terlihat seperti baru meninggal. Mereka kemudian dikuburkan di tempat lain namun masih berada dalam kawasan Uhud.

Pada ketika ini, Gunung Uhud banyak dikunjungi oleh para penziarah yang sedang mengerjakan Umrah atau Ibadah Haji yang akan berlangsung kurang sebulan dari artikel ini dikeluarkan .

BERDOA HANYA KEPADA ALLAH SWT

Meski dilimpahi mukjizat kerana banyaknya syuhada yang wafat di kawasan ini semasa Perang Uhud dulu, umat Islam dilarang memanjatkan doa kepada para syuhada. Malahan, di kawasan Gunung Uhud sendiri sengaja dipasang papan pengumuman dalam pelbagai bahasa, yang salah satunya mengingatkan para penziarah agar berdoa terus kepada pada Allah SWT, bukan meminta syafaat kepada para syuhada. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita.

Sumber : Info Yunik
Sumber : DuniaTimTeng

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Kejadian ANEH Berlaku Semasa Kebumi Jenazah Wanita KAYA. Puncanya Amat MENGEJUTKAN

Nak Doa Cepat DIKABULKAN ? Ustaz Ni Bagitau Caranya Yang Ramai TAK SANGKA