in

Mengandung 17 Minggu. Pukul 1 Pagi Bila Ke Tandas TERKEJUT Tengok Ada DARAH Atas Lantai

Semoga Menjadi Pedoman Kepada Semua Wanita

Mengandung 17 Minggu. Pukul 1 Pagi Bila Ke Tandas TERKEJUT Tengok Ada DARAH Atas Lantai | Khalifah Mail Online – Suami isteri mana yang tak gembira kan bila tau ada baby dalam perut isteri. Memang sayang suami waktu sangat luar biasa. Seorang isteri telah menceritakan detik sedih yang terjadi ketika sedang mengandungkan anak pertama. Allahu. Ikuti ceritanya di bawah.

“Tahniah, awak mengandung 6 minggu lebih.”

Saat doktor menuturkan kata-kata ini terus aku macam tersedar dari lamunan kerana daripada tadi menahan debaran di dada. Debaran untuk mengetahui samaada diri ini benar-benar mengandung ataupun tidak. Saat doktor mengatakan positif hamil, mataku terus terpaku di skrin.

Subhanallah… Ya Allah, terasa aku seperti terus jatuh cinta kali pertama saat memandangmu walaupun hanya di skrin hitam putih. Tidak putus-putus hatiku mengucapkan syukur atas rezeki ini. Keluar dari bilik doktor, suami menanti keputusan dariku. Jelas raut wajah yang sangat gembira aku lihat pada suamiku saat aku memaklumkan berita yang selama ini ditunggu-tunggu.

Sama seperti suami insan lain yang begitu teruja menanti kehadiran cahaya mata pertama, suamiku juga begitu. Destinasi pertama yang dituju selepas pulang dari klinik adalah pasaraya. Segala macam jenis buah dan makanan-makanan sunnah yang diketahui baik untuk ibu mengandung diborongnya. Tidak lupa juga susu HL Marigold diambilnya berkotak-kotak. Lumrah seorang suami yang teruja dengan kandungan pertama isterinya dan inginkan yang terbaik untuk anak seawal-awal kandungan.

Bermulalah rutin suamiku yang sangat prihatin menjagaku sepanjang kehamilan ini. ‘Morning sickness’ yang menjengah tatkala kandunganku memasuki usia dua bulan lebih menyebabkan suamiku mengambil peranan menguruskan segala kerja rumah.

Mengidam? Sebut sahaja makanan yang teringin dimakan pasti suamiku akan membelinya. Rutin ‘check up’ bulanan di klinik pula berjalan seperti biasa dan tiada masalah yang dialami sepanjang mengandung. Hanya loya-loya dan jarang-jarang muntah menjelma tatkala perut masuk angin.

Hari demi hari berlalu sehinggalah usia kandunganku mencecah 17 minggu lebih. Pada malam itu, aku bangun untuk ke tandas. Suamiku seperti biasa akan tersedar apabila aku bangun dari katil. Ayat biasa yang dituturkan setiap kali aku bangun untuk ke tandas..”Hati-hati sayang..jalan pelan-pelan, jangan lasak-lasak”. Suamiku tahu isterinya agak lasak. Memang sering sahaja aku kena tegur kalau perihal berjalan ke duduk ke atau tidur.

Malam itu di bilik air aku agak berdebar selepas melihat ada sedikit lendir darah di lantai. Hatiku mula berasa tidak tenang dan memaklumkan kepada suami. Suami agak risau dan cuba menenangkanku. Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi dan kami mengharapkan waktu berlalu dengan cepat untuk ke klinik pakar perbidanan dan sakit puan yang biasa dikunjungi keesokannya. Kami cuba berfikir positif dan berharap semuanya baik-baik sahaja. Esok harinya, keluar lagi lendir darah. Pada ketika itu, perasaan runsing terus hinggap di hati kami. Cepat-cepat kami bersiap untuk ke hospital kerana risaukan kandungan ini.

Sampai sahaja di hospital kami terus ke bahagian kecemasan. Keadaan di situ agak sibuk dengan bermacam-macam kes dan para petugas perubatan yang kelihatan sibuk mengurus pesakit. Hatiku pula kian berdebar menunggu doktor memeriksa kandunganku. Suamiku sudah mula tidak keruan dan begitu risau raut wajahnya. Agak lama doktor menekan-nekan alat ‘scan’ di perutku. Seketika kemudian doktor berlalu dan memanggil doktor lain memeriksaku. Hatiku sudah mula merasakan ada perkara buruk yang berlaku.

Suamiku pula menjenguk-jenguk untuk melihat di skrin. Aku hanya berdoa dalam hati semoga bayi dalam kandunganku selamat. Doktor meminta kami menunggu seketika dan berlalu pergi. Aku lihat suamiku mula mengalirkan air mata kerisauan. Suamiku mengatakan dia dapat melihat bayi kami tetapi dia risau sebab bayi tidak bergerak seperti kali terakhir kami lihat masa ‘scan’ pada usia kandunganku 12 minggu. Aku cuba melegakan hatiku sendiri dan suami dengan mengatakan bayi kami sedang tidur.

Namun, tiada sesiapa dapat melawan takdir Allah s.w.t apabila Allah menginginkan sesuatu perkara itu berlaku. Setelah diperiksa sekali lagi oleh doktor pakar di bahagian O&G, doktor telah memaklumkan bahawa bayiku telah meninggal dalam kandungan. Ya Allah, terasa berat hati ini. Pada waktu itu, fikiranku terasa kosong dan tiada walau setitis air mata yang keluar. Saat itu aku hanya memikirkan perasaan suamiku apabila menerima berita ini. Begitu lama kami menunggu saat-saat aku disahkan mengandung tetapi apabila keinginan sudah dikecapi, nikmatnya hanya untuk seketika.

Hancur hatiku tatkala melihat suamiku menangis semahunya usai pulang dari hospital. Syukurlah, Allah telah memberiku sedikit kekuatan untuk memujuk dan menenangkan suamiku yang menangis kesedihan pada masa itu. Malam itu, aku mula sedar dari fikiranku yang kosong sebelum ini saat menerima berita yang meluluhkan jiwa ragaku. Aku menghamburkan air mata semahunya di sisi suami yang telah tertidur kepenatan akibat banyak menangis.

Perasaan sedih menyelubungi diri kami tetapi segalanya adalah ketetapan Allah s.w.t. Doktor telah memberi tempoh dua minggu untuk janin turun sendiri. Aku akan dimasukkan ke wad untuk ‘induce’ bersalin secara normal sekiranya janin tidak turun dalam tempoh tersebut. Setelah 2 minggu berlalu janin dalam perutku masih tidak keluar dan aku ditahan dalam wad untuk prosedur mengeluarkannya.

Tanggal 5 Julai 2017 akan tersemat dalam bingkisan hati kami. Lahirnya anugerah kurniaan ilahi, anak syurga kami. Kami bersyukur dipinjamkan nikmat merasai detik-detik manis walaupun untuk seketika. Ketentuan ilahi adalah yang terindah dan kami yakin pasti ada hikmahnya. Sesungguhnya kami redha dengan ketentuanMu dan pasti Allah akan menggantikannya dengan rezeki yang lebih baik.

Buat kalian yang senasib denganku bertabahlah dan senyumlah kerana mereka sedang menanti nun di syurga nan abadi. Untuk para wanita yang sedang ttc (trying to conceive) sekalian, aku mendoakan agar kita sama-sama akan bergelar ibu suatu saat nanti. InsyaAllah…aminn..

Sumber – Ufaira FM via IIUM

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Isteri Cantik Kaya & Layan Dia Mcm RAJA. Tp Suami Nak Kahwin Lain. Puncanya Sangat MENGEJUTKAN !!!

Ketika Masak Isteri Tiba2 JATUH. Bila Ke Hospital Dapat Result Terus Aku GELAP MATA